Teguran dari emak
Saya berasa sedikit terusik apabila emak saya sering mengingatkan saya untuk mengajarkan Inas mengenal huruf. Ya, saya akui kata-kata mak itu benar. Tetapi cara bagaimana saya harus lakukan? Dari mana harus saya mulakan? Sedikit kekok dan buntu. Saya yakin ibu-ibu lain sama seperti saya yang menginginkan anak boleh membaca di usia muda supaya masa mereka tidak diisi dengan perkara yang sia-sia. Sekian lama juga saya sudah mengusahakan untuk memuat turun fail-fail, video-video sebagai bahan bantu untuk si anak. Tidak setakat itu malah VCD juga saya turut belikan untuk dipasang di TV rumah. Sangka saya semudah itu untuk mengajar anak. Rupanya saya silap..Mungkin tidak silap sepenuhnya, tetapi kurang tepat..
Teguran daripada emak sedikit membuat saya tersentak dan kembali serius mencari dan berusaha untuk merealisasikan impian dan doa saya selama ini. Saya mula membaca penulisan ibu-ibu yang terbukti berjaya mengajar anak mereka pada usia muda dan mengambil semangat mereka. Ya, saya perlukan teknik! Jadi saya perlu belajar.. Tanpa segan silu saya mencari 'guru' di kalangan rakan-rakan sekerja saya. Apa yang memeranjatkan, rupa-rupanya rakan-rakan saya begitu serius apabila membincangkan hal ini sekalipun di pejabat mereka tampak santai sahaja! Alangkah malunya saya membandingkan diri saya yang tidaklah sesibuk mana tetapi tidak pernah cuba untuk menjadikan sesi mengajar anak di rumah sebagai rutin.
Berbekalkan pesanan dan nasihat daripada rakan-rakan yang 'senior',saya mula menyusun jadual dan menetapkan target agar usaha saya terpandu. Kata cendekiawan, "perkara yang baik akan gagal jika tiada perancangan manakala perkara yang mempunyai perancangan akan mudah berjaya sekalipun ia adalah tujuannya buruk."
Semoga Allah s.w.t merestui hasrat saya serta mempermudah urusan saya ini. Semoga saya sentiasa sedar tugas saya yang lebih utama berbanding menabur bakti kepada anak bangsa ialah pendidikan anak-anak saya sendiri dahulu. Terutamanya dalam menta'dib mereka dan mengenalkan mereka kepada Pencipta mereka. Semoga Allah s.w.t membantu saya dalam menentukan corak yang saya bakal ukir ke atas kanvas hati anak-anak saya Insya-Allah.

Comments
Post a Comment