Membaca catatan harian Ahmad Wahib
Sebuah buku bertajuk Pergolakan Pemikiran Islam yang merupakan himpunan catatan harian Ahmad Wahib berkisar pandangannya terhadap Islam, umat Islam dan suasana di sekelilingnya. Dia adalah seorang anak kiyai pesantren yang sangat berpegang kuat kepada Islam. Dia juga telah mencatatkan bahawa pernah tinggal selama dua tahun bersama paderi serta menganggap kedua-dua paderi tersebut 'ayah'nya. Dia mula membuat catatan yang sifatnya kontradik ini sejak timbul pelbagai persoalan di mindanya. Dia adalah seorang aktivis-saya kira- pada zaman mahasiswanya. Ini kerana catatannya banyak berkisar Himpunan Mahasiswa Islam (HMI), sebuah pertubuhan mahasiswa di universti tempat dia belajar. Catatan ini dikumpulkan oleh rakannya sejurus mendapat khabar tentang kematian Ahmad Wahib yang terlibat dalam kemalangan jalan raya. Pada awalnya, saya tidak berminat untuk membaca catatan ini. Tetapi setelah diminta oleh pelajar yang mengalami kekeliruan ketika membaca buku ini, maka saya pun mu...