Dari dataran harapan: Istisqa'

Lantunan istighfar sang khatib
memalu qalbuku
Bertalu-talu
Membuat diri tertunduk lesu
Kelu lidah
Air mata mengalir laju
dan laju
Diiringi esak dan sendu

Menyembah dosa di hadapan ALLAH
Mungkinkah maksiatku menjadi penghalang hujan..

Rasul mulia pernah bersabda,
Andai bukan kerana bayi menyusu,
Andai bukan kerana haiwan ternakan,
Andai bukan kerana tumbuh-tumbuhan,
Nescaya ALLAH tidak turunkan hujan

Dek kerana dosa insan
Syirik, arak, zina, derhaka si anak,
putus silaturrahim, pembunuhan dan penipuan

Ampunkan kami Wahai TUHAN
Sungguh kami malu dengan dosa kami YA ALLAH

Kami pohon hujan rahmat, ya ALLAH

~ Dari Dataran Istisqa' Kuis, 9.30 pg 28 Feb 2014

Comments

Popular posts from this blog

Falsafah dan pemikiran Socrates

Peranan Paul dalam Kristian

Ulasan Buku: Seni berfikir yang hilang karya Ust Hasrizal