Cukuplah kematian itu sebagai peringatan!!
Kematian. Apa perasaan kita apabila menyebut perkara ini?
Biasa. Klise. Tiada perasaan. Alah, mesti tazkirah yang sama. Biasalah, semua orang akan mati..
Begitu?
Hmm. Saya rasa terpanggil untuk mencoret berkenaan kematian hari ini. Rentetan daripada perbualan dengan anak sulung berusia 5 tahun, Inas.
Malam itu, sedang saya mengajar Inas membaca tiba-tiba air matanya turun laju. Tersesak-esak. Nafasnya tersekat-sekat. Tidak mampu lagi meneruskan bacaan.
Lantas, saya bertanya "Inas, kenapa? Mama tak marah pun?" Inas menyeka air mata seraya mengajukan persoalan,
"Mama, kenapa kita mesti mati?"
"Kalau mama mati, Inas tinggal dengan siapa?"
"Kalau Inas mati, macam mana dengan baby Nuha? Siapa akan jaga?"
Tersentak hati saya. Diam seketika. Pelbagai persoalan menerjah di fikiran.
Pujuk saya, "Inas, kita semua akan mati sebab kita akan berjumpa Allah. Kalau kita tak mati, kita tak dapat jumpa Allah, kita tak dapat masuk syurga Allah. Inas nak masuk syurga, kan?"
"Kalau mama mati dulu, Inas janganlah risau. Allah sentiasa ada untuk jaga Inas dan adik-adik. Nanti bila semua dah mati, kita jumpa di syurga ye? Kena doa banyak-banyak, rajin solat dan dengar kata mama dengan ayah.. InsyaALLAH, kita akan hidup semula dan berjumpa di syurga."
Air mata saya turut mengalir saat ini. Memikirkan kegusaran dalam dada Inas. Begitu juga saya pernah merasakan satu ketika dulu. Sampai ke tahap saya bertanya dalam diri kenapa saya hidup sebagai manusia? Alangkah baik kalau saya tidak pernah dihidupkan?
Tapi itu dulu, ketika saya berusia lima enam tahun.. Ketika saya tidak faham tujuan kehidupan.
Sungguh, malam itu membuatkan saya terfikir betapa kematian itu benar-benar mengerikan dan memperingatkan kita semula kepada erti sebuah kehidupan.
Terima kasih, nak. Kerana mengingatkan mama semula. I love you, dear..

Comments
Post a Comment