Posts

Showing posts from February, 2023

Ilmu penghalang Ibadat?

  Persoalan ini bermain di fikiran saya tatkala saya menyelak halaman Minhajul Abidin, karya Imam al-Ghazali. Sekali pintas saya melihat isi kandungan kitab ini menyentuh tujuh penghalang dalam beribadat di mana yang pertama berupa halangan ilmu.   Pada awalnya, saya menyelak buku ini kerana salah seorang pelajar saya ingin mencadangkan kajian yang berdasarkan kepada Minhajul Abidin. Teringat saya bahawa buku ini ada dalam perpustakaan di rumah ini. Pada mulanya saya menyangka perbahasan dalamnya tidak jauh beza dengan Ihya’ Ulumiddin kerana ‘mungkin’ ini juga kitab ringkasan kepada kitab Ihya’. Ternyata sangkaan saya jauh meleset. Maka, oleh kerana tertarik dengan perbahasan berkaitan halangan bagi seorang Muslim, saya pun cuba membaca bahagian pendahuluan dan bab satu daripada Minhajul Abidin.   Ternyata, perbahasan dalam bab satu ini berkait dengan pembacaan semalam daripada buku Aqal dalam Islam yang telah pun saya kemukakan ringkasannya dalam hantaran blog semala...

BAGAIMANAKAH KEDUDUKAN AKAL DALAM ISLAM?

Image
Setelah beberapa minggu saya meninggalkan buku Aqal dalam Islam: Satu tinjauan epistemolog i karangan Mohd Zaidi Ismail, saya telah kembali untuk menghabiskan pembacaan saya. Sebenarnya saya dalam usaha untuk mengemas meja dari timbunan buku yang tidak dibaca, hanya diniatkan sahaja untuk dibaca. Haha. Apabila saya membacanya, saya mendapati di dalamnya perbahasan yang sangat menarik untuk diberikan perhatian kerana ia berkait dengan dua subjek yang diajar iaitu mantik dan Psikologi Islam. Justeru, saya melihat ia perlu dikongsikan dalam blog ini sebagai rujukan pada masa akan datang. Supaya kita boleh memahami bagaimanakah kedudukan akal dalam Islam dan sejauh mana ia berkait dengan kehidupan kita. Secara keseluruhan, buku ini perbincangannya falsafah tetapi yang saya akan kongsikan merupakan rumusan dan perkara yang saya rasa berkait dengan kita sebagai masyarakat awam. Let's go! Dalam epistemologi Islam, bukan sahaja hakikat kebenaran diakui tetapi kemampuan manusia untuk memper...

Kek sarang semut kukus

Image
Pagi ni sambil melayari fb, tengok page resepi-resepi. Antara yang memang dah lama tak buat dan yang teringin nak buat ialah puding caramel. Sajalah.. Kalau jadi, bolehlah tambah idea untuk bawa potluck anak-anak nanti.  Tertengok satu resepi ni, puding caramel guna roti. Dalam hati kata "Macam best ni. Tak pernah buat lagi."  Terus cakap kat suami "teringin nk buat puding caramel lah" Suami balas "buatlah, tapi abang tak makan" Tahu je encik suami tak makan puding ni sebab sebelum ni saya buat resepi yang guna telur sampai 6 biji tapi tak guna esen vanila. Sebab masa tu tak tahu apa asal usul vanila ni. Ingatkan bahan chemical, rupanya ada pokok nama vanila! Haha. Bila dah tahu, saya dah semakin berani nak guna esen vanila dalam resepi-resepi. Yang saya masih rasa was-was ialah ovalette. Tak apa yang tu cerita kemudian. Jadi, berbekalkan azam yang jitu semangat yang waja saya pun ke dapur dan mulalah nak membuat caramel. Tuang je gula dalam periuk tiba-ti...