Kek sarang semut kukus

Pagi ni sambil melayari fb, tengok page resepi-resepi. Antara yang memang dah lama tak buat dan yang teringin nak buat ialah puding caramel. Sajalah.. Kalau jadi, bolehlah tambah idea untuk bawa potluck anak-anak nanti. 

Tertengok satu resepi ni, puding caramel guna roti. Dalam hati kata "Macam best ni. Tak pernah buat lagi." 

Terus cakap kat suami "teringin nk buat puding caramel lah"

Suami balas "buatlah, tapi abang tak makan"

Tahu je encik suami tak makan puding ni sebab sebelum ni saya buat resepi yang guna telur sampai 6 biji tapi tak guna esen vanila. Sebab masa tu tak tahu apa asal usul vanila ni. Ingatkan bahan chemical, rupanya ada pokok nama vanila! Haha.

Bila dah tahu, saya dah semakin berani nak guna esen vanila dalam resepi-resepi. Yang saya masih rasa was-was ialah ovalette. Tak apa yang tu cerita kemudian.

Jadi, berbekalkan azam yang jitu semangat yang waja saya pun ke dapur dan mulalah nak membuat caramel. Tuang je gula dalam periuk tiba-tiba teringat semalam encik suami tanya "pandai tak buat kek yang ada rongga-rongga? (kek sarang semut), lama tak makan"


Haha. Saya tak berani nak mengaku pandai sebab pernah cuba sekali je masa sekolah menengah dulu. Saya ingat lagi masa saya cuba resepi tu dan ditakdirkan menjadi, mak saya kata "Jadi pula kamu buat kek ni. Mak buat tak pernah jadi." 

Huuii kembangnya hati tak tau nak kata. Haha. 


Ok, lalu saya pun bertukar arah daripada puding caramel kepada kek sarang semut.


Tengok senarai resepi nampaknya semua ada, jadinya saya pun mula lah membuatnya. Page fb: Masak GapoTu


Bahan-bahan untuk kek sarang semut (saiz kecil):

1 cawan gula

1 cawan air panas

2 sb mentega/marjerin


4 biji telur

1/2 cawan susu pekat

1 sdk esen vanila

1 cawan tepung

2sk soda bikarbonat


Turut dikongsikan juga tips untuk dapatkan rongga lebih:

1- panaskan pengukus terlebih dahulu

2- kukus guna api besar

3- letak air kukusan banyak supaya wap dekat dengan kek


Cara-caranya:

1- masukkan gula dalam periuk, biarkan dia menjadi perang.

2- tuang air panas mendidih sedikit demi sedikit. Kacau laju-laju sampai larut dan tidak lagi berkristal.

3- masukkan marjerin. Kacau hingga larut. Tutup api dan ketepikan.

4- pecahkan telur, masukkan susu pekat dan tuang esen vanila. Kacau ala kadar sahaja sehingga sebati.

5- ayak tepung dan soda masuk dalam campuran telur. Kacau sampai sebati. 

6- tuang gula hangus dan kacau lagi.

7- griskan loyang, lapik dengan baking paper.

8- tapiskan adunan masuk ke dalam loyang. Tutup loyang supaya air kukusan tak menitik masuk.

9- kukus selama 45 minit.

Alhamdulillah, menjadi kek saya kali ni. Rongga pun ada. Encik suami pun puas hati. Alhamdulillah Alhamdulillah.




Insya Allah lain kali boleh buat lagi. 

#resepinaz

#hobibaru


Comments

Popular posts from this blog

Falsafah dan pemikiran Socrates

Peranan Paul dalam Kristian

Ulasan Buku: Seni berfikir yang hilang karya Ust Hasrizal