BAGAIMANAKAH KEDUDUKAN AKAL DALAM ISLAM?
Setelah beberapa minggu saya meninggalkan buku Aqal dalam Islam: Satu tinjauan epistemologi karangan Mohd Zaidi Ismail, saya telah kembali untuk menghabiskan pembacaan saya. Sebenarnya saya dalam usaha untuk mengemas meja dari timbunan buku yang tidak dibaca, hanya diniatkan sahaja untuk dibaca. Haha.
Apabila saya membacanya, saya mendapati di dalamnya perbahasan yang sangat menarik untuk diberikan perhatian kerana ia berkait dengan dua subjek yang diajar iaitu mantik dan Psikologi Islam. Justeru, saya melihat ia perlu dikongsikan dalam blog ini sebagai rujukan pada masa akan datang. Supaya kita boleh memahami bagaimanakah kedudukan akal dalam Islam dan sejauh mana ia berkait dengan kehidupan kita. Secara keseluruhan, buku ini perbincangannya falsafah tetapi yang saya akan kongsikan merupakan rumusan dan perkara yang saya rasa berkait dengan kita sebagai masyarakat awam.
Let's go!
Dalam epistemologi Islam, bukan sahaja hakikat kebenaran diakui tetapi kemampuan manusia untuk memperoleh ilmu perihal hakikat kebenaran juga diiktiraf.
Allah SWT merupakan satu-satunya sumber atau punca ilmu perihal hakikat kebenaran. Ini bermakna hanya Allah SWT Maha Mengetahui segala sesuatu kebenaran. Dalam masa yang sama, manusia tetap diberikan ruang, potensi dan peluang untuk mencari hakikat kebenaran.
Bagaimanakah untuk mencapai ilmu perihal hakikat kebenaran?
(i) pancaindera yang sejahtera- berada pada diri manusia yang
merupakan alat untuk capai ilmu tetapi BUKAN diri yang menanggapinya
(ii) khabar yang benar- sumber dari luar manusia
(iii) akal- berada dalam diri manusia, ia bukan alat mencapai ilmu
tetapi merupakan DIRI yang menanggapinya.
Antara kesemua saluran ini, Islam meraikan kesemuanya atas kedudukan
dan peranannya masing-masing.
Islam juga tidak menjulang mana-mana saluran sehingga ke tahap meremehkan atau menafikan fungsi dan kepentingan saluran yang lain seperti fahaman rasionalisme, tradisionalisme atau empirisme dll.
Apakah beza antara ilmu dan maklumat?
-
Bezanya ialah
dari sudut perolehan makna iaitu mengenal kedudukan sebenar bagi sesuatu
perkara dalam satu sistem/susunan apabila hubungan perkara itu dengan
perkara-perkara lain jelas dan difahami.
-
Ini
bermaksud seseorang itu boleh mencapai makna apabila dia mampu memposisikan
sesuatu berdasarkan hubungannya dengan sesuatu yang lain secara jelas
-
Maklumat
yang benar walaupun bukan ilmu tetap diperlukan untuk mencapai ilmu
-
Tanggapan
inderawi (tasawwur badihi) merupakan tahap awal bagi pemprosesan maklumat oleh
akal dalam usaha ilmiah yang menghasilkan makna, kefahaman dan ilmu
-
Proses:
Apakah itu khabar?
-
Khabar
ialah naqal iaitu pemindahan dengan maksud penyampaian
-
Ia
merupakan sumber kepada ilmu naqli
-
Ia juga
berkait dengan sanad yang bermaksud sandaran yang berkesinambungan
-
Melibatkan
dua aspek iaitu (i) periwayatan/al-riwayah (ii) kandungan/al-dirayah
Apakah itu akal?
-
Ia sesuatu
yang terpisah daripada materi atau benda, namun dalam perbuatannya ia
bersama-sama dengan materi iaitu DIRI YANG BERKATA-KATA atau AKU.
-
Manakala
badan berperanan sebagai pentadbir dan pelaksana
-
Akal ditanggapi
melalui perantaraan-perantaraan yang tertentu (al-wasa’it) seperti
bukti-bukti/adillah yang menerbitkan tasdiq (kesimpulan yang mengiyakan akan
sesuatu perkara)
-
Akal
merupakan alat manakala insan merupakan pelakunya
-
Dengan
akal, manusia dapat memahami atau menanggapi hakikat-hakikat
-
Akal
merupakan potensi pada Qalbu yang melaluinya qalbu mencapai pengetahuan. Ia
adalah satu bentuk kekuatan pada diri insan yang bersedira untuk menerima ilmu
Apakah tingkatan akal?
1.
al- Aql
al-Hayulani: keupayaan/potensi tanpa sebaang
tindakan/perlakuan (spt akal pada bayi dan kanak-kanak)
2.
Aql bi
al-Malakah: ilmu tentang daruriyyat (perkara yang
diketahui tanpa berfikir)- seperti tahu ibu, ayah, siang, malam, lapar, dahaga
3.
Aql bi
al-fi’li: mengetahui dengan cara berfikir dan ia
dilakukan secara berulang kali (spt tahu cara mengira, memahami konsep abstrak)
4.
Aql
al-Mustafad: mengetahui cara berfikir (mampu
mencipta teori, mengetahui sebab musabab sesuatu, menghubungkan antara satu
dengan yang lain)
Bagaimakah akal berfungsi?
-
Peranan
akal ialah berfikir. Ini bermakna pergerakan diri rohani ke arah perolehan
makna (the soul’s movement towards meaning).
-
Kandungan
fikiran ialah penyusunan secara tertib terhadap perkara-perkara yang telah
diketahui untuk mencapai perkara yang BELUM diketahui.
-
Untuk
berfikir, manusia perlu kepada (i)bahan (ii) rupa bentuk (iii) buah fikiran
-
Bahan
(maddah): butiran kebenaran dan kandungan ilmu yang sedia dimiliki (ma’lum)
-
Rupa
bentuk (surah): istidlal
-
Buah
fikiran: hasil/anugerah pemberian Allah SWT
Apakah peranan daya imaginasi/khayali?
1. Menyusun atau mencantum dan merungkai rupa bentuk dan makna. Kemahiran ini boleh dilihat dalam proses menganalisis, merumuskan, mensintesiskan
2.
Penyerupaan
sesuatu dengan yang lain. Ia berlaku dalam proses membandingkan, memadankan dan
menghubungkaitkan.
3.
Mengingat
semula. Ini boleh ditunjukkan melalui kaedah mind mapping
4. Membantu akal fikiran untuk menyusun premis/muqaddimat untuk mendapatkan buah fikiran/natijah/i’tibar.
Apakah hubungan antara akal dan naqal?
Dalam memahami hubungan antara kedua-dua ini, terdapat beberapa
prinsip yang perlu difahami iaitu:
1. Kesepakatan/kesatuan antara akal murni dan naqal yang sahih. Para ilmuwan bersetuju bahawa tidak mungkin berlaku pertentangan antara dua sumber ini. Justeru, dalam menilai hubungan, ia perlu menggunakan neraca yang betul iaitu akal murni dan naqal yang sahih. Sekiranya prinsip ini tidak dipatuhi maka akan timbul masalah seumpama mempertikaikan naqal atau mempersoalkan kredibiliti akal.
2.
Penerimaan
akal terangkum dalam khabar yang layak menjadi sandaran iaitu khabar mutawatir.
Khabar mutawatir ialah khabar yang sabit melalui penyampaian sekumpulan manusia
yang TIDAK TERGAMBAR PADA AKAL akan bersepakat untuk berdusta.
3. Akal merupakan asas pemahaman naqal. Tidak dinafikan bahawa untuk memahami nas-nas al-Quran dan hadis, kita memerlukan akal. Ini juga merupakan asas kepada keharusan ijtihad dalam kalangan para ulama apabila berhadapan dengan satu-satu isu baru.
Sejauhmanakah hubungan akal dengan naqal dalam tanggungjawab
beragama?
Perlu difahami bahawa taklif syar’I bergantung kepada kematangan
akal (akil baligh) yang mampu membezakan baik-buruk dan kategori dasar
kewujudan (mustahil, harus, wajib).
Malah, pengajaran agama juga disusun mengikut tertib akliah. Ini
bagi tujuan ia mudah difahami dan diterima oleh akal manusia sebelum ia
mencapai akil baligh.
Kelakuan sedar yang berulang-ulang akan mempengaruhi akal dan
akhirnya menjadi tabiat.
Setiap perbuatan dimulai dengan niat dan niat pula bergantung kepada
ilmu seseorang.
Ringkasnya, kitaran pembentukan peribadi manusia ialah: ilmu à niat à
perbuatan à tabiat!
Maka, perbezaan keupayaan akliah sebenarnya mempengaruhi kefahaman beragama
seseorang.
Kerana itu juga penyampaian ilmu agama perlu dilakukan secara
berhati-hati bagi meraikan akal setiap insan.
Di samping itu, kita dapat rumuskan juga bahawa orang yang lebih memahami agama ialah orang yang boleh menjadikan agama sebagai cara hidup (tabiat) mereka.
Sekian, selesai baca pada 23 Feb 2023. Alhamdulillah.
Comments
Post a Comment