Posts

Secangkir teh bersama secebis harapan

Image
Hari ni hari keenam saya cuba untuk kekal bersenam di pagi hari.  Sasaran kali ini ialah selama 3 bulan bermula dari Mei hingga Ogos. Lama sudah saya tinggalkan aktiviti ini atas kekangan waktu dan tugasan. Rezekinya kali ni pelajar bercuti agak lama, 3 bulan. Maka saya cuba untuk kembali ke trek yang saya abaikan sebelum ini.  Bukan sahaja brisk walking, tetapi termasuk juga penerbitan artikel jurnal dan penerokaan bidang-bidang penyelidikan. Juga mencari kepakaran diri. Saya rasa sudah tiba masanya saya lebih serius dalam membina kepakaran dan pengiktirafan berkaitan bidang yang diminati. Saya tahu ramai yang melihat saya sebagai pakar bidang psikologi tetapi dengan keterhadan sumbangan saya kepada masyarakat dan akademik menjadikan saya malu serta tidak yakin untuk mengakuinya. Benarlah bahawa perjalanan selepas PhD lebih panjang dan luas umpama lautan yang tidak bertepian. Saya perlu segera mencari arah dalam tempoh 10 tahun ini (2020-2030). Sasaran ini saya sendiri letakk...

Ilmu penghalang Ibadat?

  Persoalan ini bermain di fikiran saya tatkala saya menyelak halaman Minhajul Abidin, karya Imam al-Ghazali. Sekali pintas saya melihat isi kandungan kitab ini menyentuh tujuh penghalang dalam beribadat di mana yang pertama berupa halangan ilmu.   Pada awalnya, saya menyelak buku ini kerana salah seorang pelajar saya ingin mencadangkan kajian yang berdasarkan kepada Minhajul Abidin. Teringat saya bahawa buku ini ada dalam perpustakaan di rumah ini. Pada mulanya saya menyangka perbahasan dalamnya tidak jauh beza dengan Ihya’ Ulumiddin kerana ‘mungkin’ ini juga kitab ringkasan kepada kitab Ihya’. Ternyata sangkaan saya jauh meleset. Maka, oleh kerana tertarik dengan perbahasan berkaitan halangan bagi seorang Muslim, saya pun cuba membaca bahagian pendahuluan dan bab satu daripada Minhajul Abidin.   Ternyata, perbahasan dalam bab satu ini berkait dengan pembacaan semalam daripada buku Aqal dalam Islam yang telah pun saya kemukakan ringkasannya dalam hantaran blog semala...

BAGAIMANAKAH KEDUDUKAN AKAL DALAM ISLAM?

Image
Setelah beberapa minggu saya meninggalkan buku Aqal dalam Islam: Satu tinjauan epistemolog i karangan Mohd Zaidi Ismail, saya telah kembali untuk menghabiskan pembacaan saya. Sebenarnya saya dalam usaha untuk mengemas meja dari timbunan buku yang tidak dibaca, hanya diniatkan sahaja untuk dibaca. Haha. Apabila saya membacanya, saya mendapati di dalamnya perbahasan yang sangat menarik untuk diberikan perhatian kerana ia berkait dengan dua subjek yang diajar iaitu mantik dan Psikologi Islam. Justeru, saya melihat ia perlu dikongsikan dalam blog ini sebagai rujukan pada masa akan datang. Supaya kita boleh memahami bagaimanakah kedudukan akal dalam Islam dan sejauh mana ia berkait dengan kehidupan kita. Secara keseluruhan, buku ini perbincangannya falsafah tetapi yang saya akan kongsikan merupakan rumusan dan perkara yang saya rasa berkait dengan kita sebagai masyarakat awam. Let's go! Dalam epistemologi Islam, bukan sahaja hakikat kebenaran diakui tetapi kemampuan manusia untuk memper...

Kek sarang semut kukus

Image
Pagi ni sambil melayari fb, tengok page resepi-resepi. Antara yang memang dah lama tak buat dan yang teringin nak buat ialah puding caramel. Sajalah.. Kalau jadi, bolehlah tambah idea untuk bawa potluck anak-anak nanti.  Tertengok satu resepi ni, puding caramel guna roti. Dalam hati kata "Macam best ni. Tak pernah buat lagi."  Terus cakap kat suami "teringin nk buat puding caramel lah" Suami balas "buatlah, tapi abang tak makan" Tahu je encik suami tak makan puding ni sebab sebelum ni saya buat resepi yang guna telur sampai 6 biji tapi tak guna esen vanila. Sebab masa tu tak tahu apa asal usul vanila ni. Ingatkan bahan chemical, rupanya ada pokok nama vanila! Haha. Bila dah tahu, saya dah semakin berani nak guna esen vanila dalam resepi-resepi. Yang saya masih rasa was-was ialah ovalette. Tak apa yang tu cerita kemudian. Jadi, berbekalkan azam yang jitu semangat yang waja saya pun ke dapur dan mulalah nak membuat caramel. Tuang je gula dalam periuk tiba-ti...

TAWAKKAL SEPERTI BURUNG

Image
Bismillah hir rahman nir rahim Hari ni saya membaca kumpulan hadis daripada Riyadus Salihin berkaitan dengan tawakkal. Hadis Nabi SAW yang bermaksud: "Seandainya kamu bertawakkal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakkal, nescaya kamu akan diberi rezeki seperti mana burung yang keluar dalam keadaan perut kosong dan pulang dalam keadaan perut yang kenyang" HR Tirmidhi. Persoalannya: Apa yang kita tahu tentang burung? Apa hubungan antara tawakkal dengan burung? Persoalan rezeki ini sangat misteri dan menarik kerana berdasarkan hadis ini kita dapat mengambil pengajaran bahawa setiap daripada kita telah ditetapkan rezeki yang khusus dan setiap yang ditakdirkan pasti akan berlaku. Dalam hidup ini, menjadi tanggungjawab kita untuk berusaha dan berusaha dengan apa jua cara sekali pun selagi ia halal di sisi Allah SWT. Biasa kita mendengar ungkapan "ulat dalam batu pun boleh cari makan" atau "bumi Allah ini luas" kan? Ia adalah gambaran betapa...

Ahlan 2023 (New Year, Better Me Insya Allah)

 Bismillah hir Rahman nir Rahim Pejam celik pejam celik Alhamdulillah dengan izin Allah SWT kita temui lagi hari baru pada tahun 2023. Alhamdulillah atas kasih sayang dan Rahmat-Nya, Allah beri kita peluang dan ruang untuk memperbaiki diri menggandakan amalan dan memohon ampun bertaubat kepada-Nya atas segala gerak geri kita bermula dari saat celik mata di awal pagi hinggalah saat mata terpejam di malam hari. Jom, kita tambah baik diri dari masa ke masa dari saat ke saat. Usaha yang terbaik walau apa juga ujian mendatang. Sebesar mana pun ujian yang hadir, Maha Besar lagi Allah SWT yang Maha Pengasih. As for me, ada beberapa niat and target to be accomplish this year: 1. Teruskan perjuangan untuk kesihatan diri melalui pemakanan dan senaman. Sesungguhnya dua perkara ini telah dimulakan sejak pkp hari tu dan akhirnya dapat juga inchloss selepas 3 bulan workout secara konsisten. Alhamdulillah. Tapi, lepas je ofis buka and pkp pun dah tak ada nampaknya i gained my weight back! Oh noo....

Bila mak stress di awal tahun..

Bila stress mula la craving manis-manis.. Maka terjadilah projek kek coklat hari ni. Tapi tulah.. Masalah sama berulang.. Kek bantat.. Huhu. Peliklah.. Buat kek kukus je pun!  Sebelum ni buat ok, tapi sejak setahun dua ni bila buat mesti bantat kek. Frust tau. Mujur anak-anak jenis tak menolak (asal namanya coklat) haha.  Mungkin kena patuh resepi. Tak sepatutnya serbuk koko diganti serbuk vico. Hahahaha. Satu lagi, mungkin sebab baking powder dan soda bikarbonat tu dah luput tarikh. Haha. Ni pun rasanya big mistake kali ni.  Nanti nak beli yang baru lah dan cuba lagi sekali. Kotlah jadi. Doakan saya! Bolehlah masuk sebagai azam baru (kot!) #pengalaman

MARAH ATAU MEMAAFKAN?

Mama, tadi kat sekolah kawan cabar nak tumbuk saya. Puncanya dia marah bila saya minta dia tukar kedudukan atas arahan cikgu. Walaupun saya ajak dia untuk selesaikan dengan cara baik, dia tetap mahu bertumbuk” . Wajahnya muram. Hatinya masih bersisa rasa geram kepada kawan yang seorang itu.   “Jadinya?”   “Kemudian, saya ke PSS membaca buku sampai tertidur di sana.”   Alhamdulillah (dalam hati). Risau jika anak ini menyahut 'cabaran' si kawan itu. Maklumlah, lumrah anak teruna pantang dicabar.   “Jadi kamu rasa marah sebab dia tidak memberi kerjasama malah cabar bertumbuk pula. Sedangkan perkara itu boleh diselesaikan dengan cara baik?”   “Itulah. Sampai sekarang pun hilang mood sebab masih rasa geram kepada dia.”   “Alhamdulillah, yang penting kamu dah pun sampaikan pesan cikgu kepada dia. Itu adalah tugas dan tanggungjawab kamu. Kemudian, bila dia tak nak beri kerjasama dan cabar pula untuk bertumbuk kamu tak melayannya tetapi menjauhkan...

PENERIMAAN DIRI (SELF-ACCEPTANCE)

 "SAYA RASA AWAK LAGI CANTIK DARIPADA DIA" Telinga saya menangkap perbualan antara dua anak gadis ketika sedang menunggu anak di depan pagar sekolah. Saya percaya ini merupakan dialog yang biasa dalam kalangan anak remaja kita. Fasa di mana mereka masih mencari identiti dan mempunyai keinginan tinggi untuk diterima dalam kelompok mereka. Keinginan ini menyebabkan mereka berusaha untuk menempatkan diri agar dipandang, dihargai, disayangi dan disukai oleh semua orang. Adakalanya apabila mereka di' reject' atau tidak berjaya memenuhi expectation orang lain, mereka akan bertindak menyisihkan diri dan mempersoalkan tentang keupayaan diri. Konflik ini akan semakin membarah apabila mereka membandingkan diri dengan orang lain. Pelbagai persoalan akan bermain dalam diri mereka seperti. "Kenapa dia tak sukakan saya?" "Kenapa dia tak nak berkawan dengan saya?" "Kenapa cikgu tak pandang muka saya?" "Kenapa mak ayah sayangkan kakak lebih?" ...

“MAMA, APA YANG BERLAKU DI ALAM ROH SAMA TAK DENGAN ALAM KITA?”

Image
Soalan ini ditanyakan oleh Arsalan (7 tahun) ketika dalam perjalanan pulang dari sekolah.  Pada awalnya, kakaknya, Nuha (9 tahun) bercerita bahawa cikgunya memberitahu semasa kita tidur, roh kita keluar daripada jasad. Roh akan dikembalikan apabila kita sedar atau jaga daripada tidur. Manakala, jika kita mati maka roh tidak lagi akan kembali ke dalam jasad. Saya membalas, “Ya, ketika tidur itulah berlaku mimpi. Mimpi ini merupakan pergerakan roh kita ketika kita sedang tidur”. Terasa bagai sedang memberi kuliah pengenalan tentang tajuk “Mimpi dan Kesedaran dalam Psikologi Islam” (salah satu tajuk kuliah saya). Hehe. Pada ketika itulah, si adik bertanya, “Mama, jika kita siang, adakah di alam roh juga siang? Dan jika di sini malam, adakah di alam roh juga malam?” Menarik soalan ini sebenarnya. Tak pernah pula saya terfikir dan tak pernah pula saya ditanya. Mungkin sebab selama ni yang diajar ialah pelajar dewasa. Otak saya ligat berfikir jawapan dan bagaimana untuk menyampaikannya t...

Ke mana masa kita dihabiskan?

 Assalamualaikum wrt wbkt, Sedikit coretan berkaitan dengan apa yang berlaku pada pagi tadi. Seperti biasa saya masuk ke pejabat dan menyusun beberapa perkara yang perlu diselesaikan dalam minggu ini. Antaranya markah kerja kursus pelajar memandangkan minggu ini ialah minggu yang ke-13, surat dan memo jemputan untuk seminar yang akan berlangsung bulan hadapan dan beberapa urusan melibatkan pengajaran dan pembelajaran.  Secara tiba-tiba tanpa makluman awal, ada dua orang pelajar yang datang ke pejabat kerana ingin menemuramah saya berkaitan tajuk tugasan mereka. Rasa nak marah pun ada kerana datang secara mengejut begitu. Namun, rezeki mereka kerana saya tidak mempunyai tugasan yang segera (urgent) jadi saya layankan jugalah. Tambahan pula, tajuk mereka berkaitan dengan pengurusan masa. Saya pun tahu, biasanya bila ada temuramah begini jawapan saya akan menjadi singkat sahaja. Saya lebih selesa menulis berbanding untuk bercakap dan menghuraikan sesuatu. Haha. Baiklah, tema soal...

Apa yang ibubapa perlu tahu untuk mendidik anak?

Bismillahirrahmanirrahim Serasa lama saya tidak menjengah ke blog ini (memang lama pun!). Kembali teringat kerana mengenangkan penulisan di blog yang bersifat bebas dan tidak terikat dengan format atau tatacara tertentu. Untuk menulis di fb pun, saya terfikir ada ke orang nak baca panjang-panjang? Hari ini, masyarakat lebih mudah menonton tiktok yang berdurasi 3 minit atau kurang. Pada petang ini saya memilih untuk menulis sesuatu dalam blog untuk berkongsi sedikit berkenaan dengan panduan mendidik anak-anak menurut seorang tokoh iaitu Abdullah Nasih Ulwan. Saya percaya namanya masyhur dalam kalangan mereka yang berminat dalam dunia pendidikan lebih-lebih lagi jika menginginkan kaedah pendidikan menurut Islam. Abdullah Nasih Ulwan merupakan pengarang sebuah kitab yang bertajuk "Tarbiyyatul Aulad fi al-Islam".  Buku ini telah banyak diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu terutamanya Indonesia. Baru-baru ini jika tidak silap saya, Ustazah Isfadiah juga telah menerbitkan satu buku...

Ulasan buku: Risalah al-Mustarsyidin Karya Abu Abd Allah Al-Harith Bin Asad Al-Muhasibi (W. 243H)

  Bismillah hir Rahman nir rahim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) datang lagi. Cuma kali ini dilonggarkan kepada PKPB (PKP Bersyarat) dengan erti kata sektor ekonomi dibenarkan beroperasi seperti biasa dengan beberapa SOP yang ketat. Manakala untuk urusan persendirian dibenarkan keluar daripada rumah tetapi terhad kepada dua orang sahaja untuk satu kenderaan. Sempadan daerah juga dikawal rapi oleh polis bagi mengehadkan pergerakan. Maka, kesempatan ini saya gunakan untuk menyambung pembacaan sebuah karya tasawuf iaitu Risalah al-Mustarsyidin. Karya ini mengandungi himpunan kalam hikmah seorang ulama tasawuf terawal iaitu al-Harith al-Muhasibi. Beliau dilahirkan di Basrah dan dikenali sebagai tokoh yang mempunyai pandangan berbeza dengan Imam Ahmad bin Hanbal khususnya dalam ilmu kalam. Naskhah yang menjadi rujukan saya telah diterjemah ke dalam bahasa Indonesia dan disertakan dengan syarah daripada Syaikh Abdul Fattah Abu Ghuddah. Saya kongsikan petikan di helaian awal kitab...

Ulasan Buku Socrates: Pengenalan Ringkas (ITBM)

Assalamualaikum wrt wbkt Sepanjang PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) ini, saya hanya dapat menghabiskan sebuah buku yang ilmiah berkisar falsafah Yunani. Buku ini menceritakan tentang seorang ahli falsafah bernama Socrates. Saya yakin nama ini tidak asing dalam kalangan sebahagian kita. Umumnya Socrates dikenali sebagai seorang tokoh dan pelopor ilmu mantik dan falsafah. Peribadinya digambarkan sebagai seorang yang kerap berfikir dan mengajukan soalan untuk mendapatkan jawapan. Uniknya, meskipun tokoh ini tidak menghasilkan karya beliau tetap dikenali. Ini kerana banyak penulisan dihasilkan menggambarkan tentangnya walaupun tidak secara langsung. Dalam dunia Islam pula, para pengagum Socrates ada yang mengandaikan beliau sebagai salah seorang daripada para nabi dan rasul kerana kebijaksanaan yang dikatakan ada padanya. Di sini saya melihat betapa satu pemikiran boleh mempengaruhi pemikiran yang lain. Ketaksuban seseorang kepada satu pemikiran boleh mengubah dan menjejaskan pemiki...

Falsafah dan pemikiran Socrates

Socrates dikenali sebagai seorang pemikir atau ahli falsafah Yunani melalui gambaran yang ada dalam karya khususnya Plato dan Xenophon. Semua karya ini dinamakan dengan nama individu yang dikatakan berhujah dengan Socrates. Berdasarkan bentuk perdebatan dan hujah dikemukakan ini, para pengkaji telah menganalisis pendekatan dan keperibadian Socrates. Sebahagian penulisan menggambarkan Socrates sebagai pemerhati kepada sesi perdebatan manakala sebahagian lagi menonjolkan beliau sebagai seorang yang terlibat dalam perdebatan. Karya-karya yang berkaitan dengan Socrates ini disebut sebagai Kesusasteraan Sokratik tetapi tidak terdapat bukti bahawa karya ini dihasilkan semasa hayat Socrates. Perbualan dan dialog Sokratik ini banyak didapati daripada sumber penulisan oleh Xenophon dan Plato. Namun begitu, pengkaji berpandangan bahawa penulisan Xenophon dihasilkan dengan merujuk kepada karya Platonik. Hujahnya ialah jarak masa hidup antara Socrates dan Xenophon adalah terlalu jauh yang su...