Al-Farabi
Al-Farabi
Al-Farabi ialah salah seorang tokoh ahli fikir Islam yang terkenal dalam bidang falsafah pada abad pertengahan. Beliau merupakan penyambung tradisi berfikir yang telah dimulakan oleh al-Kindi( 185-252 H./806-873 M ). Ahli-ahli sejarah tidak sependapat dalam soal keturunan Al-Farabi ini. Justeru itu, terdapat banyak khilaf antara ahli-ahli sejarah tentang nama sebenar Al-Farabi. Antaranya, Ibn Abi Usaybi'ah menyebut bahawa nama sebenar Al-Farabi ialah, Abu Nasr Muhammad Bin Awzalagh bin Tarkhan. Manakala, Ibn al-Qifti pula mengatakan bahawa nama Al-Farabi yang sebenarnya ialah, Abu Nasr Muhammad bin Muhammad bin Tarkhan. Beliau dilahirkan di Wasij, sebuah perkampungan kecil di daerah Farab di Wilayah Transoxiana,Turkestan sekitar tahun ( 257 H / 870 M). Beliau tidak pernah berkahwin sepanjang hayatnya.
Al-Farabi meninggal dunia pada bulan ( Rejab 339 H / Disember 950 M ). Beliau meninggal dunia di kota Damsyik semasa berumur 80 tahun. Beliau dikebumikan di sebuah perkuburan di bahagian luar pintu selatan atau pintu sampingan ( al-bab al-saghir ) kota tersebut. Kebanyakan ahli sejarah berpendapat bahawa beliau meininggal kerana sakit biasa. Namun begitu, Al-bayhaqi dalam kitabnya Tarikh al-Hukama' al-Islam , mengatakan bahawa beliau diberitahu gurunya bahawa Al-Farabi meninggal dunia akibat perbuatan jahat sekumpulan perompak yang telah mengganggunya semasa beliau dalam perjalanan dari Damsyik ke Ascalan. Perompak-perompak itu menginginkan semua barang-barang yang dibawa termasuk senjata,pakaian, ubat-ubatan dan lain-lain yang dibawa Al-Farabi. Keengganan Al-Farabi memberi barang-barang tersebut telah menimbulkan pergaduhan hingga menyebabkan nyawa beliau.
Hasil-hasil Karya Al-Farabi.
Al-Farabi disifatkan sebagai seorang tokoh yang gigih dan sangat banyak menghasilkan buku-buku ilmiah dan aneka bidang sama ada berupa komentar terhadap karya-karya Yunani atau merupakan buku-bukunya sendiri yang dihasilkan melalui kefaham dan pengamatan beliau sendiri. Proses penulisan buku-buku karangannya bermula sewaktu beliau berada si Harran, iaitu semasa pengembaraan pada kali kedua, ketika berusia sekitar empat puluhan. Beliau terus menghasilkan karya-karya hingga ke usia lapan puluh tahun.
Pengabdiannya yang serius ini telah meninggalkan sejumlah besar hasil karyanya yang sehingga kini dapat kita tatap walaupun sebahagiannya telah hilang. Ianya amat sukar untuk disenaraikan secara tepat dan tersusun tentang karya-karya Al-Farabi kerana terdapat naskhah-naskhah yang hilang dan juga rekod-rekod sejarah juga masih kabur tentang ini. Namun begitu, Al-Farabi banyak menulis buku atau kitab-kitab,sama ada berupa pengantar atau pengenalan ( bidang falsafah), syarah dan komentar terhadap karya-karya ahli fikir yang terdahulu.
Abbas Mahmud telah manyusun dan membuat klasifikasi terhadap hasil-hasil penulisan Al-Farabi. Pengkaryaan ilmiah Al-farabi ini boleh dipecahkan kepada enam kelompok, iaitu:
1) Buku-buku dalam bidang mantiq.
Antaranya ialah: Kitab fi al-Lughah, Kitab al-tauti'ah, kitab al-Qiyas al-Saghir, kitab al- Maqayis dan kitab al-Burhan.
2) Buku-buku dalam bidang Ilmu Kepandaian (al-Ta'alim).
Antaranya ialah: Kitab al-Madkhal Ila al-Hindasah al-wahmiyah, Kitab al-Musiqi al-kabir, Kitab Ihsa' al-Iqa' dan Kitab fi al-hail wa al-Nawamis.
3) Buku-buku dalam bidang Ilmu Alam, Kimia dan perubatan.
Antaranya ialah: syarh Kitab al-Sima' al-Tabi'i li ar Safa, Kalam Lahu fi al-Khala' dan kalam fi a'da al-Hayawan.
4) Buku-buku dalam bidang Keruhanan.
Antaranya ialah: kitab Lahu fial-Ru'ya, kitab fi al-'Aql ( saghir ), kitab Uyun al-masa'il dan Kalam fi al-'ilm al-Iluhi.
5) Buku-buku dalam bidang Madani ( meliputi akhlak dan siasah ).
Antaranya ialah: Kitab al-Sirah al-Fadhilah, Kitab Tahsil al-Sa'adah dan Risalah fi Tanbih 'ala Sabil al-Sa'adah.
6) Buku-buku dalam berbagai-bagai bidang ( umum ).
Antaranya ialah: Kalam fi al-jauhar, Kitab fi al-Fusus, Mukhtasar Kitab al-Huda dan Ta'liq kitab fi al-Hikmat.
Teori Pemikiran Al-Farabi dalam Kemasyarakatan dan Kenegaraan.
Al-Farabi merakamkan pemikiran sains politiknya bermula dari konsep kewujudan sebuah negara, sebuah masyarakat, masalah kepimpinan, persoalan objektif kehidupan warganegara,kriteria warganegara yang baik dan sebaliknya, hinggalah kepada klasifikasi negara-negara menurut tanggapan filosofinya.
Al-Farabi menerangkan bahawa masyarakat pada waktu tersebut tebahagi kepada dua kategori yang utama iaitu: (i) Masyarakat Sempurna (ii) Masyarakat Tidak Sempurna. Menurut pandangan beliau, masyarakat sempurna itu mempunyai tiga tingkatan yang berlainan sama ada dari segi saiznya atau masyarakat yang mendiaminya.
Pembahagian itu ialah:
1) Kamilah 'uzma ataupun masyarakat besar iaitu dunia ini sendiri.
2) Kamilah Wusta ataupun masyarakat pertengahan yang sesuai disifatkan sebagai sebuah negara atau negeri.
3) Kamilah Sughra ataupun masyarakat kecil yang layak disebutkan sebagai sebuah wilayah ataupun bandar, kota yang didiami oleh ramai penduduk.
Manakala, masyarakat tidak sempurna pula dibahagikan kepada empat peringkat yang dapat dijelaskan secara ringkas seperti berikut:
1) Masyarakat Desa ( al-Qaryah)
2) Masyarakat Tempatan Khusus ( al-Mahallah)
3) Masyarakat Tempatan Umum ( al-Sikak)
4) Keluarga ( al-Manzil)
Ini adalah antara teori pemikiran tentang kemasyarakatan dan kenegaraan al-Farabi yang telah diringkaskan. Teori-teori ini telah diperolehi dari buku Teori Politik Al-Farabi dan Masyarakat Melayu.
Rujukan
1) Al-Farabi- Kehidupan, Hasil Karyanya dan Peri Penting Tokoh,- Osman Bakar, Universiti Malaya, Kuala Lumpur 1987.
2) Teori Politik Al-Farabi dan Masyarakat Melayu, Idris Zakaria, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Comments
Post a Comment