Konsep Manusia
oleh: Abu Hanifah & Muhammad Ersyad Redha
PENDAHULUAN
Maksud konsep mengikut kamus dewan bahasa dan pustaka pengertian am atau idea yang mendasari sesuatu manakala maksud manusia pula ialah makhluk yang mempunyai akal dan budi atau dalam kata lain dipanggil juga insan atau orang. Maksud konsep manusia pula ialah dasar ataupun asal-usul penciptaan manusia.
Konsep manusia dalam penganalisaan sosiologi
Seorang ahli sosiologi tidak dapat tidak harus mempunyai suatu konsepsi mengenai sifat manusia, dan ini ternyata akan mempengaruhi pendekatannya terhadap penyelidikan sosiolagi. Akan tetapi dalam sosiologi sering terdapat suatu tentangan yang kuat terhadap percubaan untuk menganalisa fenomena social dengan memberikan pertimbangan terhadap factor psikologi dalam kehidupan masyarakat.
Mereka yang mengikut cara ini mendapat isbat yang berautoriti kerana Durkheim yang menghasilkan pengkajian sosiologi moden yang ulung dan agung memang bertujuan untuk menunjukkan bahawa kadar bunuh diri tidak boleh dihuraikan berdasarkan kepada psikolgi individu. Dalam bukunya Suicide beliau mengatakan bahawa adalah menjadi tugasnya untuk menentukan sebab-sebab berlakunya membunuh diri secara langsung tanpa menghiraukan individu itu, motifnya dan pendapatnya. Dan setelah mengkaji semula teori psikologi dan lain-lain teori mengenai bunuh diri, beliau sekali lagi mengatakan : “Hasil yang kita perolehi adalah berbeza apabila kita melupakan individu dan cuba mencari sebab kecenderungan berlakunya bunuh diri dalam tiap-tiap masyarakat dalam keadaan persekitaran masyarakat itu sendiri”.
Sungguhpun kedudukan Durkheim sesuai bagi zamannya, tetapi kedudukan itu mungkin tidak sesuai bagi sosiologi sezaman. Hari ini jelas bahawa penganalisaan sosiologi yang tepat mengenai kebanyakan masalah adalah mustahil atau amat terbatas, kecuali kita menggunakan teori dan data psikologi ini untuk mengupas masalah sosiologi secara sistematis kita tidak akan gagal malah akan dapat memperbaiki bidang dan ketepatan penganalisaan sosiologi.
Penuntut yang mengkaji mengenai sesuatu struktur social akan cuba menerangkan implikasi tindakan social bagi suatu set peraturan institusi tertentu. Untuk berbuat demikian, ia harus mempunyai tanggapan yang betul mengenai makna peraturan itu dari segi sahsiah manusia. Semua peraturan institusi akhirnya akan disalurkan menerusi tindakan individu. Jadi, kesan dari sebarang peraturan institusi itu bergantung sekurang-kurangnya kepada kesan sahsiah manusia yang dibawa bersama. Oleh yang demikian system sahsiah menjadi salah satu angkubah perantaraan dalam menentukan kesan suatu aspek struktur social terhadap aspek struktur social itu diwakili oleh individu yang mempunyai cirri-ciri psikik yang berbeza, besar kemungkinan mutu perlaksanaan peranan social akan berbeza, bergantung sebahagian besarnya kepada keperluan peribadi serta tingkah laku individu yang mewakili kedudukan itu.
Perbincangan mengenai sifat manusia dan masyarakat biasanya tertumpu kepada tema yang sebenarnya telah dibincangkan oleh orang Yunani : Apakah sifat asasi manusia, adakah ia baik atau jahat, bertanggungjawab atau terlalu mementingkan diri sendiri? Berapa banyakkah apa yang ada pada manusia itu dilahirkan, banyakkah yang dihasilkan oleh persekitarannya? Sekiranya ada, apakah ciri-ciri keistimewaan sejagat atau bahagian-bahagian sahsiah manusia? Bagaimanakah tret yang umumnya terdapat pada manusiaitu bersatu dan membentuk perwatakan yang kita temui hanya pada sesetengah manusia sahaja? Di manakah dan dalam keadaan apakah jenis-jenis yang berbeza ini wujud dan berkuasa?
Mengenai sifat manusia
Oleh kerana ahli sosiologi mengambil masyarakat sebagai pusat penumpuannya yang utama, dan sebahagian besarnya telah meniggalkan individu kepada ahli psikologi, kita tdak akan mendapati suatu lengkungan model manusia yang luas seperti model masyarakat. Sungguhpun kebanyakan ahli sosiologi menghuraikan model masyarakat dengan panjang lebar, tetapi pandangan mereka mengenai manusia biasanya tdak begitu nyata. Walaubagaimanapun, konsepsi yang kurang nyata itu telah pun memberikan pengaruh yang sama besar ke atas pengkajian mereka.
Konsep bukan-sosiologi. Konsep manusia yang dipegang oleh kebanyakan ahli sosiologi boleh difahami dengan mendalam sekiranya kita melihat perbezaan di antara konsep tersebut dengan gambaran lain yang selalu ditentangya. Dalam kalangan ahli kemanusiaan, pendapat yang popular mengenai manusia adalah lebih mementingkan keunggulannya, kepelbagaiannya, perubahan yang berterusan dari segi perasaan dan perspektifnya, sebagaimana yang dikatakan oleh Montaigne bahawa manusia adalah “suatu makhluk yangmenakjubkan, angkuh, lemah pendirian dan kurang tetap di mana sukar bagi kita untuk membentuk sebarang penilaian mengenainya dengan tepat dan seimbang.”
Sebaliknya, kebanyakan ahli sosiologi lebih menitikberatkan keseragaman dalam tingkah laku manusia, perulangan dalam beberapa tindakan social yang berkenaan, tatatertib dan perhitungan kehidupan social yang boleh dilaksanakan darinya. Jadi, ahli sosiologi merujuk kepada manusias sebagai satu makhluk kebiasaan social. Ahli sosiologi sterusnya berhujah, kalau manusia adalah sebagaimana yang di gambarkan oleh ahli kemanusiaan, kita tidak akan mempunyai sebarang institusi yang umum atau mana-mana kehidupan social yang tersusun.
Sungguhpun ahli analisa jiwa tidak menitikberatkan sifat manusia yang senantiasa berubah dan cepat terkulai layu, dia tidak mungkin akan menggunakan tindak balasa social sebagai satu kecenderungan yang paling umum berlaku dalam tingkahlaku manusia. Malah sebenarnya ia melihat manusia dikuasai oleh dorongan biologi yang kuat, oleh selera naluri yang tamak yang sentiasa cuba mencapai kepuasan.
Konsep mengenai manusia ini adalah bertentangan dengan konsep mengenai masyarakat. Ia menganggap manusia hanya sebagai seekor binatang yang lemah di mana keaadan primitifnya yang asas, pada bila-bila masa sahaja akan mudah diserap ke dalam tingkahlaku social yang menjahananmkan. Freud menyimpulkan pendapat ini dalam suratnya kepada Doktor Van Eden seperti berikut :
Analisa jiwa menyimpulkan bahawa dorongan manusia yang primitive, liar dan jahat, masih belum hapus pada dalam diri sesesorang individu, malah meneruskan kewujudannya sungguhpun dalam keadaan yang tertekan, dalam keadaaan tidak sedar dan bahawa mereka sentiasa menunggu kesempatan untuk menonjolkan aktiviti mereka.
Analisa jiwa juga mengajar kita bahawa intelek kita adalah suatu benda yang lemah dan terkongkong, suatu alat permainan dan alat dorongan dan emosi kita; bahawa kita terpaksa bertingkah laku secara bijak atau bodoh menurut pendirian sikap dan penentangan jiwa kita.
Umumnya kita mungkin meniliti konsep manusia yang ke tiga yang kadangkala dinamakan sebagai sudut pandangan Hobbs. Dalam skema ini, bukan naluri tenaga kejantinaan, tetapi dorongan social yang berbentuk mementingkan diri itu yang menguasai manusia. Manusia cuba untuk mendapatkan bagi dirinya, atau kelompoknya, seberapa banyak kekayaan, kuasa dan keistimewaan yang boleh diperolehi,tanpa mempedulikan orang lain kecuali dirinya sendiri sebagai suatu punca atau syarat untuk mencapai kepuasan peribadi yang sentiasa mendorong sertiap manusia. Manusia membuat gambaran bahawa dunia dikuasai oleh kekerasan dan tipu helah di mana setiap manusia adalah musuh kepada setiap manusia yang lain. Berdasarkan kepada pandangan ini, hanya kuasa Negara dapat mencegah peperangan yang berlaku di antara setiap orang dengan semua orang dan semua orang dengan setiap orang.
Ketiga-tiga konsep ini masih belum melengkapi gambaran mengenai manusia sebagaimana yang terkandung dalam falsafah politik barat apatahlagi dalam falsafah dunia. Tetapi ia memadai bagi tujuan kita sebagai pandangan di mana kita akan dapat menentukan unsure-unsir konsep sosiologi yang paling umum mengenai manusia.
Konsep mannusia yang melampaui sosialisasinya. Bertentangan dengan gambaran mengenai manusia yang mempunyai naluri yang tidak rasional, ahli sosiologi melihat manusia social sebagai makhluk di mana naluri kebinatangannya telah dijinakkan dan diubah melalui proses sosialisasi. Mungkin terdapat kanak-kanak feral yang di pelihara oleh binatang. Tapi kalau kita percaya kepada laporan tersebut, kanak-kanak feral itu akan lebih mempunya sifat binatang daripada sifat manusia, dan jarang kanak-kanak itu dapat hidup dalam dunia peradaban lebih lama dari beberapa tahun. Kebanyakan ahli sosiologi berpendapat, manusia sebagaimana kita temui di mana-mana sahaja, meskipun dikalangan sukubangsa yang paling primitive, sedia mempunyai sifatnya yang asal, asli dan sifat kebinatangannya yang disertai dengan suatu proses pendidikan social yang panjang. Sifat inilah yang mengarahkan dorongan biologinya menerusi saluran social yang diterima, dan yang selaunya mengubah tenaga naluri mereka kepada dorongan-dorongan social yang lebih tinggi.
Ahli sosiologi jarang menafikan terdapatnya bahagian yang tidak rasinal dalam tingkah laku manusia. sebenarnya, sesetengah ahli sosiologi seperti Pareto pernah memberikan masalah tidak rasional dalam tingkahlaku manusia itu di tempat yang utama dalam penganalissaan skema mereka. Walau bagaimanapun, ahli sosiologi tidak menganggap bahawa ketidakrasionalan manusia merupakan sutau halangan dalam kehidupan social seperti yang di anggap oleh kebanyakan ahli.mereka memberikan penekanan terhadap keupayaan masyarakat dalam mengelakkan manifestasinya, atau mengawak kesannya melalui isbat. Mereka menekankan tenteng tuntutan manusia yang tetap dan mempunyai tujuan tertentu terhadap matlamat social dan matlamat peribadi di mana dari segi masa da n budaya ianya dikatakan sebagai kena pada tempatnya. Dalam pengertian ini, kebanyakan tindakan manusia adalah “rasional” dan dari sudut pandangan sosiologi, kalau tidak begitu, manusia tidak pasti untuk mengharapkan tindakan manusia lain, dan kalau tidak begitu kehidupan social akan menjadi mustahil. Kalau manusia tidak saling bergantungan antara satu sama lain, kehidupan manusia sendiri akan lenyap.
Berbeza dengan gambaran yang diberikan oleh Hobbes mengenai manusia yang dikatakannya terpencil, terlalu mementingkan diri sendiri dan terlalu kekosongan, ahli sosiologi lebih biasa melihat manusia dari segi desakan sosialnya. Mereka menekanakan keinginan dan keperluannya untuk bergabung dan bersahabat, pergantungannya untuk meluaskan kuasa dan sumber peribadinya yang terbatas menerusi tindakan kelompok. Dari sudut pendengaran sosiologi yang umum manusia menghargai manusia lain dan cuba menghubungkan dirinya sendiri dengan mereka. Ia seolah-olah tertakluk kepada penyesuaian di antara satu sama lain untuk mencapai bukan sahaja matlamatnya sendiri, tetapi juga matlamat orang ramai yang telah diserap dan dijadikan sebagai matlamatnya sendiri.
Jadi, sesetengah unsur itu jelas diperhatikan dalam konsep sosiologi mengenai manusia, diantaranya tiga akan kita bincangkan: dalam penggunaannya yang neutral, istilah “sifat asal” manusia dikatakan sebagai tidak baik dan tidak jahat. Sifat itu lebih berkemungkinan untuk berkembang dan sejauh mana perkembangan tersebut dapat dilakukan adalah bergantung kepada masa dan masyarakat di mana seseorang manusia itu dilahirkan serta kedudukan seseorang manusia itu dalam masyarakatnya. Kalaulah masyarakat tidak menganggap manusia itu sebagai suatu “tabula rasa” tetapi sosiologi moden menganggap manusia sebagai suatu bentuk yang boleh berubah-ubah dan boleh dibentuk tingkah-lakunya.
Sosiolisasi, iaitu proses mempelajari kebudayaan dari peringkat bayi dan kanak-kanak kepada peringkat penyerahan nilai dan matlamat masyarakat. Manusia mulai melakukan apa yang harus mereka lakukan mengikut sudut pandangan masyarakat. Jadi dari segi dalamannya, manusia dianggap bermoral, sentiasa menerima dan memenuhi kehendak masyarakat ke atas dirinya.
Dalam kehidupan luarannya, dalam hubungannya dengan teman-teman manusia dilihat sebagai manusia sosial. Manusia terikat dalam satu jalinan hubungan social, bergantung kepada orang lain untuk mendapatkan sokongan dan kerjasama, benar-benar berkeinginan untuk mendapatkan persetujuan dan rasa muhibbah, ia bertindak balas dengan tekanan dari luar yang sekali lagi mendorongnya untuk bertindak menurut norma dan ciri-ciri masyarakat yang standard pada masa dan tempat ia hidup.
Ketiga-tiga unsure yang menjalinkan gambaran sosiologi manusia yang nyata ini pernah dianggap oleh Dennis Wrong “sebagai konsep manusia yang melampaui sosialisasinya.” Kalau kita mengesan hubungan konsep ini akan dengan teori falsafah politik Barat, kita pasti akan mengakui bahawa konsep ini mempunyai persamaan rapat dengan gambaran manusia yang terdapat dalam pemikiran Zaman Enlightment dan dengan tradisi Locke dan Rousseau, Montesquieu dan John Stuart Mill. Ia mempunyai sedikit persamaan walaupun sebenarnya ia bertentangan dengan gambaran mengenai manusia yang dikemukakan oleh Machiavelli, Hobbes, Hume dan Kant. Ia juga ternyata merupakan satu pandangan yang lebih mirip kepada pendekatan fungsi struktur khususnya model keseimbangan daripada model konflik mengenai masyarakat.
Di sini kita tidak bermaksud untuk menilai kebenaran atau ketepatan mengenai gambaran ini, tetapi hanya menilai akibat berpegang kepadanya. Bertolak dari sudut pandangan mereka mengenai sifat manusia ahli sosiologi dijangka pasti akan menolak pendapat bahawa pada takat tertentu, perbezaan antara negara atau kebudayaan pada dasarnya adalah disebabkan oleh berlainan penduduk yang tinggal di negara yang berlainan. Besar kemungkinana mereka akan melihat perbezaan tersebut dari segi peringkat kebudayaan kebendaan dan bentuk ekonomi, politik, dan organisasi social untuk menghuraikan tingkah-laku di Negara yang berlainan.
Dalam mengkaji perbezaan dalam kalangan mana-mana penduduk, ahli sosiologi umumnya menghuraikan jenayah kenakalan budak-budak,bunuh diri dan sebagainya, berdasarkan persediaan yang sedia ada pada individu atau kelompok. Di samping itu ahli sosiologi mencadangkan untuk menghuraikan fenomena ini sebagai hasil dari poeraturan social yang memberi kesan kepada sesetengahindividu disebabkan oleh kedudukannya yang terasing dalam struktur social. Oleh kerana mereka mengurangkan kecenderungan manusia kepada perbuatan yang jahat, keterangan yang mereka berikan mengenai fenomena yang lebih hebat seperti pembunuhan beramai-ramai, peperangan, rusuhan, penyiasatan, khemah tahanan dan sebagainya adalah lemah dari keterangan yang diberikan oleh disiplin lain seperti psikologi dan sejarah.
Akhirnya konsep ahli sosiologi mengenai sifat manusia telah mendorong mereka untuk mempercayai bahawa, untuk mengubah manusia, kita harus mengubah keadaan social terlebuh dahulu dan bukan sebaliknya. Begitu juga, mereka mungkin meragukan pembaharuan yang menjanjikan keadaan utopia di mana manusia akhirnya akan mencapai kebebasan sepenuhnya dan tidak lagi tertakluk kepada mana-mana sekatan social. Mereka lebih suka berdiri di tengah-tengah. Sungguhpun mereka mempertahankan bahawa dorongan manusia yang bersifat antisocial dan mementingkan diri itu boleh dikawal atau disalurkan kepada perkhidmatan yang boleh memberikan faedah kepada orang ramai, tetapi mereka mengakui bahawa dalam proses itu manusia tidak dapat tidak akan mengalami kerugian untuk menyalurkan dorongannya dengan bebas. Ahli sosiologi berhujah bahawa meskipun terdapat sekatan seperti ini, kehidupan social telah dapat menjadikan manusia jauh lsbih bebas dari segi perkembangan dan pendedahan perasaanya sendiri daripada apa yang mungkin berlaku dalam mana-mana keadaan semula jadi yang tidak disosiologikan.
Konsep hak asasi manusia
Sejarah usaha manusia dalam memenuhi keadilan adalah panjang dan boleh dikesan sejak zaman tamadun dahulu kala lagi.hak yang kini kita kenali sebagai hak asasi manusia telah diambil kira oleh falsafah Islam zaman pertengahan. Walaubagaimanapun, secara umumnya telah diterima bahawa pemikiran sosial dan undang-undang sama ada di luar atau dalam kalangan negara Eropah sehingga abad ke-17 hanya memberi penekanan kepada keistimewaan dan tanggungjawab tetapi tidak kepada hak asasi manusiayang umum. Pemikiran klasik itu hanya menumpukan kepada hak dan tanggungjawab.
Undang-undang antarabangsa yang ada pada hari inidibentuk berasaskan kumpulan undang-undang adat daripada Law of Nation (undang-undang negara). Pada asasnya dicedok daripada ‘pemikiran Eropah Barat’
Teori evolusi
Pada amnya teori evolusi terbahagi kepada tiga jenis seperti berikut:
1. Teori evolusi Darwin dan Wallace yang berdasarkan teologi dan biologi.
2. Teori Comte dan Spencer yang cuba menunujukkan sejarah perkembangan manusia dan masyarakat yang berlaku secara evoluasi.
3. Teori Morgan berdasarkan pembinaan semula sejarah manusia berdasarkan fakta-fakta arkeologi
Teori Darwin dan teori Comte-Spencer bersama Morgan merupakan dua jenis pendekatan yang amat berbeza kerana teori Darwin membincangkan dari aspek sains biologi sementara teori Comte-Spencer dan teoriua Morgan melihat dari aspek sains sosial. Teori evolusi masyarakat iaitu teori evolusi sosial berbeza dengan teori evolusi biologi kerana teori evolusi sosial merangkumi aspek-aspek falsafah sejarah atau sistem-sistem pensejarahan secara amnya.
Bentuk teori evolusi
Teori ini menggabung sains tulen dengan sains sains sosial. Ia didasarkan kepada kecenderungan untuk perkembangan kemajuan bentuk-bentuk asas dan sebab musabab. Teori jenis ini disebut teori jenis ini disebut teori teknologi dan memerlukan campur tangan daripada teori meta. Teori meta dapat dilihat dalam dua jenis:
1. Falsafah iaitu menunjukkan kemajuan hasil daripada perbuatan manusia atau daripada minda makhluk.
2. Naturalphilosophen, iaitu teori kosmos yang menerangkan kemajuan dalam bentuk prinsip-prinsip alam dijadikan Allah.
Teori yang menggabungkan sejarah dan alam sekitar dari bentuk lama kepada baru . teori ini cuba membina semula salasilah (geneologi) bentuk-bentuk semasa dan cuba membina menghubungkaitkan proses kejadian bentuk-bentuk itu dengan sejarah silam.
Teori Darwin pula amat berbeza dengan kedua jenis pendekatan sejarah atau bercorak arkeologi. Ia bukan sahaja merupakan satu pengenalan semula perkara-perkara lepas dengan cara mudah tetapi merupakan teori umum yang abstrak yang boleh diaplikasikan dalam semua bentuk suasana.
Peranan Dan Diri
Apabila ahli sosiologi berbicara tentang diri, biasanya mereka tidak merujuk personaliti dalaman atau jiwa individu. Bahkan bagi ahli sosiologi, diri merujuk konsepsi individu tentang dirinya sendiri dan konsepsi orang lain yang penting terhadap dirinya. Bagi ahli sosiologi, diri itu sesuatu yang bersifat social dan terdiri daripada imej atau gambaran tentang diri kita yang dikembangkan sepanjang tindakan social. Lantas dari mula-mula lagi, kita harus faham bahawa kita membuat kesalahan besar jika kita menganggap hubungan antara peranan dengan diri sebagai perbezaan antara peranan masyarakat dengan sifat dalaman seseorang pemain peranan.
Konsep diri yang digunakan oleh ahli sosiologi dalam analisis peranan bergantung pada teori-teori awal yang diutarakan oleh anggota Chicago School American Sosiology, khususnya teori C.H Cooley dan George Herbert Mead. Mead menganggap diri sebagai terdiri daripada dua komponen, ‘saya’ “I” dan “me” iaitu objek bagi “I”. “me” ialah bayangan kita terhadap tanggapan orang lain terhadap kita dalam peranan orang yang lain itu. Dengan itu, tanggapan seorang ibu tentang dirinya sebagai ibu sebahagiannya bergantung pada tindakannya-dalam imaginasinya-menempatkan dirinya dalam anak-anaknya, iaitu dengan meletakkan dirinya pada tempat mereka dalam hubungan mereka dengannya.
Peranan orang lain yang ambil kerap kali bukannya peranan individu yang khusus, tetapi peranan orang lain umumnya. Jadi, ibu mengambil peranan anak-anak dalam hubungan dengan ibu. Seorang mejistret yang memperkembangkan persepsinya tentang dirinya sebagai seorang mejistret mengambil peranan peguam dan polis sebagai orang lain umumnya, dan bukan peranan polis dan peranan peguam tertentu yang bekerja di mahkamahnya, orang lain umumnya yang penting kepada individu ialah mereka yang membentuk kumpulan rujukannya. Saya telah menerangkan bahawa individu mentakrifkan situasinya dalam konteks kumpulan rujukannya; dia juga mentakrifkan dirinya dalam konteks kumpulan rujukannya itu.
Menurut Mead, proses mengambil atau memegang peranan boleh dilihat sebagai asas komunikasi social. Dengan mengambil peranan orang lain dalam interaksi social, individu mengambil sikap orang lain dan dengan itu dia dapat menduga tindak balas orang lain dan dengan itu dia dapat menduga tindak balas orang lain terhadap tindakannya.
Konsep manusia mengikut Al-Quran
Surah Al-Baqarah ayat 30-39
30. dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu Dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang Yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal Kami sentiasa bertasbih Dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa Yang kamu tidak mengetahuinya".
31. dan ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan Segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu ia berfirman: "Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan Yang benar".
32. malaikat itu menjawab: "Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa Yang Engkau ajarkan kepada kami; Sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana".
33. Allah berfirman: "Wahai Adam! Terangkanlah nama benda-benda ini semua kepada mereka". maka setelah Nabi Adam menerangkan nama benda-benda itu kepada mereka, Allah berfirman: "Bukankah Aku telah katakan kepada kamu, bahawasanya Aku mengetahui Segala rahsia langit dan bumi, dan Aku mengetahui apa Yang kamu nyatakan dan apa Yang kamu sembunyikan?".
34. dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada malaikat: "Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam". lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; ia enggan dan takbur, dan menjadilah ia dari golongan Yang kafir.
35. dan Kami berfirman: "Wahai Adam! Tinggalah Engkau dan isterimu Dalam syurga, dan makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini; (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari golongan orang-orang Yang zalim".
36. setelah itu maka Syaitan menggelincirkan mereka berdua dari syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan dari nikmat Yang mereka telah berada di dalamnya dan Kami berfirman: "Turunlah kamu! sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada sebahagian Yang lain dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati)".
37. kemudian Nabi Adam menerima dari Tuhannya beberapa kalimah (kata-kata pengakuan taubat Yang diamalkannya), lalu Allah menerima taubatnya; Sesungguhnya Allah, Dia lah Yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani.
38. Kami berfirman lagi: "Turunlah kamu semuanya dari syurga itu! kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dariKu (melalui Rasul-rasul dan Kitab-kitab Yang diturunkan kepada mereka), maka sesiapa Yang mengikuti petunjukKu itu nescaya tidak ada kebimbangan (dari sesuatu Yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita".
39. dan orang-orang kafir Yang mendustakan ayat-ayat keterangan kami, mereka itu ialah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.
Surah As-Sajdah ayat 7-11:
7. Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu Dengan sebaik-baiknya, dan dimulakanNya kejadian manusia berasal dari tanah;
8. kemudian ia menjadikan keturunan manusia itu dari sejenis pati, Iaitu dari air (benih) Yang sedikit dipandang orang;
9. kemudian ia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya: roh ciptaanNya. dan ia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran), (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.
10. dan mereka (yang kafir) itu berkata: "Adakah apabila Kami telah hilang lenyap Dalam tanah, Kami pula akan hidup semula Dalam bentuk kejadian Yang baharu? betulkah demikian? " (Mereka bukan sahaja tidak percaya tentang hidup semula) bahkan mereka tidak percaya tentang pertemuan Dengan Tuhannya.
11. Katakanlah (Wahai Muhammad); "Nyawa kamu akan diambil oleh Malikil maut Yang ditugaskan berbuat demikian ketika habis ajal kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Tuhan kamu (untuk menerima balasan)".
RUMUSAN
Allah Taala telah menciptakan manusia daripada Nabi Adam a.s yang mana penciptaannya daripada tanah. Allah Taala telah menciptakan manusia dengan sebaik-baik kejadian kerana diberikan akal untuk berfikir. Dengan saiz akal yang kecil, manusia mampu membina bangunan-bangunan yang mencakar langit dan cantik di mata manusia lain. Allah Taala juga sayang kepada seorang manusia itu tujuh puluh kali ganda lebih daripada seorang ibu sayang kepada anaknya dan telah meletakkan kejayaan setiap manusia bukan di dalam kekayaan atau pangkat tetapi hanya dalam agama Allah iaitu sejauh mana seseorang itu dapat taat kepada perintah dan larangan Allah mengikut cara yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. Allah Taala juga tidak menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia dan manusia dihantar di atas muka bumi ini dengan maksud untuk memberi peringatan kerana memberi peringatan itu berguna bagi setiap mu’min. Apabila seseorang mu’min membantu agama Allah maka pasti dan pasti Allah Taala akan membantunya seperti mana bantuan Allah kepada para sahabat r.a.
Allah selalu mengingatkan hamba-Nya untuk selalu berbakti kepada-Nya. Dan sangatlah merugikan jika manusia mensia-siakan waktunya untuk tidak berbakti kepada Allah SWT. Kerana fitrah manusia terletak di situ. “Dan ingatlah ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman): ‘Bukakankah Aku ini Tuhanmu?’ Mereka menjawab: ‘Betul (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi’. (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan: ‘Seungguhnya kami (bani Adam) adalah orang-orang yang lengah terhaadap ini (keesaan Tuhan).’” (al-A’raf ayat 172). Jadi, jadikanlah hidup sekitar enam hingga tujuh puluh tahun ini sebagai satu hidup yang akan menghasilkan hidup yang indah pada masa kehidupan yang kekal abadi iaitu kehidupan akhirat yang tiada penghujungnya.
RUJUKAN
APA ITU SOSIOLOGI, ALEX INKELES, CETAKAN PERTAMA 1982, CETAKAN KEDUA 1985.
IDEA-IDEA UTAMA DALAM SOSIOLOGI, DEVID BERRY, CETAKAN PERTAMA 1993.
PENGENALAN TEORI-TEORI SOSIOLOGI, PENGARANG FATIMAH DAUD.
HAK KEMANUSIAAN GENERASI KETIGA, PENGARANG ROHIMI HJ. SHAPIEE, CETAKAN PERTAMA, TAHUN 1996.

Wah, along..ni sume along taip ke..
ReplyDeleteatau your research..
great lor..