Sosiologi Islam: Satu Pengenalan
Apa itu Sosiologi Islam?
Dalam membicarakan ilmu ini, terdapat dua istilah yang menjadi kekeliruan bagi pengkaji iaitu Islamic Sociology dan Sociology of Islam. Kedua istilah ini mempunyai makna yang tersendiri. Bagi istilah Sociology of Islam, ia membawa maksud bahawa satu kajian berdasarkan pemerhatian terhadap pengamalan agama Islam bagi satu-satu masyarakat Islam sedangkan Islamic Sociology bermaksud satu kajian terhadap ciri-ciri masyarakat Islam yang sebenar seperti yang digariskan oleh syarak dan ia mesti dipatuhi.
Istilah sosiologi Islam tidak wujud sebagai respon kepada kewujudan sosiologi Barat atau sosiologi moden. Sebaliknya ia lebih merupakan penjenamaan semula istilah memandangkan ianya telah pun wujud semenjak perutusan Rasulullah s.a.w lagi. Buktinya dapat dilihat apabila baginda telah berjaya membentuk semula masyarakat Arab Jahiliyyah yang berada di dalam keruntuhan moral yang parah menjadi satu masyarakat yang tersusun dan mampu untuk menjadi contoh kepada mana-mana negara hari ini. Buktinya jelas apabila dalam wahyu pertama, manusia diperintahkan agar menuntut ilmu dan membuat kajian dengan tidak mengabaikan keimanan kepada Allah s.w.t. FirmanNya yang bermaksud:
Bacalah (Wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhanmu yang Maha Pemurah,-yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan- Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.(al-'Alaq 96:1-5)
Ilmu sosiologi atau kemasyarakatan ini terus berkembang sejak zaman Rasulullah s.a.w sedikit demi sedikit mula membentuk masyarakat daripada aqidah, syariat dan akhlak sehinggalah pada kurun ke-10. Seterusnya antara kurun ke-10 hingga ke-14, ia berjaya melahirkan cendekiawan muslim seperti al-Kindi, al-Farabi, Ibn Rushd dan ramai lagi. Tidak terhenti setakat itu sahaja, bahkan pada separuh kedua kurun ke-14 pula telah muncul seorang tokoh yang telah memberikan orientasi baru kepada ilmu pengetahuan ini yang disebut sebagai Sosiologi, iaitu Ibnu Khaldun. Beliau berjaya menemukan pelbagai disiplin ilmu sosiologi moden yang digunakan sehingga hari ini.
Ruang lingkup sosiologi Islam amat berbeza dengan sosiologi moden. Ini kerana Islam itu sendiri merupakan cara hidup yang sempurna bagi umat manusia yang diajarkan Allah s.w.t. Di dalam Islam, manusia adalah khalifah Allah s.w.t di atas muka bumi. Justeru, seseorang itu mesti menuruti ajaran dan garis panduan yang ditetapkan Allah s.w.t. Meskipun begitu, terdapat dua kelompok manusia iaitu ashab al-yamin atau disebut sebagai golongan yang bersosial atau beradab dan ashab al-shimal iaitu golongan yang anti-sosial dan terdiri daripada mereka yang gemar melanggar nilai-nilai murni.
Sumber sosiologi Islam pula tentunya tidak lain tidak bukan adalah al-Qur’an dan sunnah Rasulullah s.a.w. itu sendiri. Ini jelas apabila di dalam al-Qur’an sendiri dinyatakan perintah Allah s.w.t untuk berakhlak mulia di samping adanya ayat berkaitan hubungan sesama makhluk di samping adanya perkaitan di antara Tuhan, Manusia dan Makhluk sekeliling. Ditambah pula dengan Negara Madinah yang dibentuk oleh baginda Rasulullah s.a.w dengan keperibadian baginda sendiri yang boleh dicontohi oleh sesiapa pun. Jelas terbukti baginda mampu dijadikan model bagi suami, pemimpin negara, panglima tentera, bapa, datuk, anak, pelajar, guru dan sebagainya. Model Insan Kamil yang dibawa baginda tidak terdapat dalam diri manusia lain seiring dengan tujuan baginda diutuskan adalah sebagai penyempurna akhlak mulia.
Sosiologi Islam juga mempunyai metodologinya yang tersendiri iaitu Sama’ (pendengaran), Basar (penglihatan) dan Fu’ad (hati atau kefahaman). Ini bermakna setiap penciptaan tidak ada yang sia-sia melainkan ia sebagai pengajaran bagi mereka yang berfikir dan memahami. Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal.(ali 'Imran 3:190)
Ringkasnya, sosiologi Islam bukanlah satu ilmu baru atau diada-adakan dalam Islam bahkan ia adalah Islam itu sendiri kerana Islam tidak diturunkan untuk diamalkan individu tertentu tanpa menghiraukan keadaan sekeliling bahkan Islam itu syumul dan diturunkan sebagai rahmat untuk sekelian alam.
Kesyumulan Sosiologi Islam
Sosiologi Islam bukanlah salah satu cabang ilmu yang baru bahkan ia mencakupi Islam keseluruhannya. Ia berbeza dengan sosiologi barat kerana ia membicarakan soal kehidupan manusia daripada sebelum kelahirannya sehinggalah selepas kematiannya berbeza dengan sosiologi moden yang hanya membicarakan sebahagian daripada kehidupan manusia iaitu semenjak lahir sehinggalah saat kematiannya.
Sosiologi Islam juga menitiki beratkan aspek rohani di samping aspek jasmani sedangkan sosiologi moden hanya membicarakan kepuasan jasmani dan mengabaikan aspek rohani. Rentetan itu juga, sosiologi Islam juga bertindak secara menyeluruh mencakupi segenap aspek kehidupan manusia. Ia tidak memisahkan di antara material (fizik) dan bukan material (metafizik) dengan melihat kehidupan adalah proses berterusan dan kematian bukanlah sebagai penghujung.
Perbezaan lain Sosiologi Islam dengan yang lain ialah ia menjadikan keimanan kepada keEsaan Allah s.w.t sebagai paksi utama dalam kehidupan. Tidak ada istilah subjektiviti sama ada dalam sosiobudaya mahupun psikospiritual manusia. Kesemuanya hanya menggunakan satu panduan yang diajarkan Allah s.w.t. Ini menjadikan ianya boleh digunakan oleh semua masyarakat manusia tanpa mengira tempat, masa dan bangsa. Manakala sosiologi moden pula berpendapat bahawa setiap bangsa dan generasi yang berlainan mempunyai masalah sosial dan budaya yang berbeza antara satu sama lain. Justeru, setiap permasalahan yang timbul hanya boleh diselesaikan oleh ahli sosiologi yang sezaman dengannya sahaja.
Perbezaan lain di antara sosiologi Islam dan barat ialah sosiologi Islam bermaksud menjadikan Islam itu sendiri sebagai cara hidup tetapi sosiologi barat beranggapan agama hanyalah sebahagian daripada kehidupan.
Dengan ini, dapatlah dilihat bahawa sosiologi Islam adalah tidak sama dengan sosiologi moden kerana sosiologi Islam tidak mengetepikan aspek metafizik dan keimanan kepada Allah sedangkan sosiologi barat sebaliknya. Begitu juga apabila sosiologi Islam bukanlah suatu pilihan bahkan ianya kewajipan bagi manusia untuk melaksanakannya sedangkan sosiologi barat subjektif dan sentiasa berubah-ubah kerana ia adalah ciptaan manusia yang lemah berbanding sosiologi Islam yang datangnya dari Allah s.w.t yang Maha Pencipta Lagi Maha Mengetahui.
Kepentingan ilmu sosiologi kepada umat Islam
Sebagaimana yang telah dijelaskan, ilmu sosiologi ialah ilmu berkaitan kemasyarakatan. Justeru, selaku da’i muslim yang bertanggungjawab lagi mempunyai rasa ‘izzah dengan keIslaman dan keimanan yang dimiliki seharusnya mengambil berat tentang ilmu ini kerana ia adalah salah satu medium bagi dirinya dalam menyampaikan dakwah Islamiyyah kepada masyarakat sekeliling.
Seorang da’i tidak sewajarnya mementingkan diri dan keluarganya sahaja bahkan dia sepatutnya keluar ke medan menemui masyarakat dan memahami selok belok kehidupan mereka agar mudah untuk memperkenalkan Islam kepada mereka. Begitu juga apabila seorang da’i itu melihat kerosakan dan kemungkaran, wajarlah bagi dirinya untuk meneliti dan mengkaji punca sebenar permasalahan itu berlaku agar dia dapat menjalankan proses islah kepada masyarakat muslim sekeliling yang hanyut supaya mereka kembali mengenali Allah s.w.t.
Ringkasnya, ilmu sosiologi mempunyai perkaitan yang amat rapat dengan dakwah Islamiyyah kerana mad’u lebih mudah tertarik dengan penampilan dan akhlak yang dibawa oleh seorang muslim yang berilmu dan memahami budaya mereka berbanding muslim yang tidak ada pengetahuan tentangnya.

Comments
Post a Comment