Apa itu nilai gred?

Kebanyakan IPT di Malaysia menggunakan sistem nilai gred bagi menentukan dan membuat penilaian ke atas para pelajar mereka. Namun begitu, tahukah anda apakah yang dimaksudkan dengan nilai gred? bagaimanakah sistem pendidikan di Malaysia mendapat idea untuk menggunakan sistem ini? adakah penggunaannya sama seperti di negara-negara lain? Mari kita lihat...

Gred ialah satu piawaian yang menentukan tahap pencapaian bagi satu-satu bidang sama ada pelajaran, kajian, kemajuan sesebuah negara dan lain-lain. Ia boleh diterjemahkan dalam bentuk huruf (A, B, C, D, F) atau skala (4.0-1.0). Ia juga dikenali sebagai Nilai Gred dalam kebanyakan sistem pengajian tinggi di seluruh negara di mana ia berperanan untuk mengukur dan menilai pelajar khususnya dalam bidang akademik.

Menurut sejarah, sistem gred ini telah diperkenalkan oleh seorang tutor bernama William Farish dan telah diguna pakai buat pertama kali oleh Universiti Cambridge pada tahun 1972. Namun begitu, pendapat ini disangkal oleh Keith Hoskin dan dijawab semula oleh Christopher Stray yang mempertahankan sumbangan Farish terhadap penciptaan sistem gred ini.

Terdapat perbezaan dalam penentuan gred di seluruh dunia. Antaranya di Tunisia dan Algeria, sekolah membahagikan nilai gred dari 0 (sebagai nilai terendah) kepada 20 atau 10 (sebagai nilai tertinggi). Status gagal diberikan bagi mereka yang mendapat gred kuran daripada separuh iaitu 10/20 atau 5/10. Manakala di Iraq, sistem gred dibahagikan mengikut peratusan markah yang diperolehi. 90-100 peratus dinilai sebagai cemerlang, 79-89 peratus dinilai sebagai sangat baik, 70-78 dinilai sebagai baik, 60-69 dinilai sebagai sederhana, 50-59 dinilai sebagai memuaskan dan 0-49 dinilai sebagai lemah atau gagal.

Seterusnya di Israel juga mereka menggunakan markah 100 sebagai skala gred dengan meletakkan nilai 10 (cemerlang) bagi markah 95-100, 9 (sangat baik) bagi markah 85-94, 8 (baik) bagi markah 75-84, 7 (hampir baik) bagi markah 65-74, 6 (memuaskan) bagi markah 55-64, 5 (kurang memuaskan) bagi markah 45-54 dan nilai <4 (tidak memuaskan/gagal) bagi markah kurang daripada 44.

Berbeza di Kyrgyzstan yang menggunakan sistem 5 nilai gred di mana 5 sebagai cemerlang, 4 sebagai baik, 3 sebagai memuaskan, 2 sebagai kurang memuaskan dan 1 sebagai tidak memuaskan.

Bagi kebanyakan institusi pengajian tinggi di negara Malaysia dan Thailand pula, mereka menggunakan sistem gred Amerika Syarikat iaitu A (cemerlang) dinilai sebagai 4.00, B+ (sangat baik) dinilai 3.67, B (baik) dinilai 3.00, C+ (sederhana baik) dinilai 2.50, C (sederhana) dinilai sebagai 2.00, D+ (lemah) dinilai sebagai 1.50, D (gred lulus) dinilai sebagai 1.00 dan F (gagal) dinilai sebagai 0.79.

Seterusnya, sistem gred di Amerika Syarikat sendiri didapati mempunyai perbezaan di antara beberapa buah tempat, daerah dan negeri. Namun, kebanyakannya menggunakan gred seperti berikut: A (90-100) dinilai di antara 3.5-4.0, B (80-89) dinilai di antara 2.5-3.49, C (70-79) dinilai di antara 1.5-2.49, D (60-69) dinilai di antara 1.0-1.49 dan E/F (0-59) dinilai di antara 0.0-0.99.

Manakala sistem gred di Australia menggunakan Band 1-6 sebagai piawaian dalam menentukan pencapaian seseorang. Band 6 dinilai sebagai terbaik sedangkan Band 1 diletakkan sebagai nilai yang terendah.

Demikianlah sedikit sebanyak berkenaan penggunaan nilai gred yang masyhur di IPT negara kita. Namun begitu, ia sekadar nilai yang berupa angka dan simbol. Ia sama sekali tidak menggambarkan keperibadian dan akhlak seorang graduan. Jadi, dalam melahirkan graduan yang berkualiti dan mampu memberi sumbangan kepada negara dan agama, nilai akhlak dan keperibadian wajar diteliti dan diambil berat oleh sesebuah institusi pengajian. Ini bertujuan menyelamatkan masyarakat dari terus dihanyutkan oleh arus materialisme yang cenderung untuk menjadikan manusia hilang manusiawinya.

(Artikel ini disunting daripada wikipedia)

Comments

Popular posts from this blog

Falsafah dan pemikiran Socrates

Peranan Paul dalam Kristian

Ulasan Buku: Seni berfikir yang hilang karya Ust Hasrizal