Ajaran Sesat vs Ajaran Betul
Saya baru menghadiri sebuah kolokium berkenaan ajaran sesat di salah sebuah kolej swasta.. Berikutan itu, ada beberapa perkara yang saya ingin bincangkan:
1)Secara peribadi sebenarnya saya tidak begitu bersetuju dengan penggunaan istilah 'ajaran sesat' tu walaupun itu yang termaktub dalam fatwa negeri. Takrif ajaran sesat menurut fatwa JAKIM ialah:
"... Apa-apa ajaran yang dibawa oleh orang Islam mahupun bukan Islam yang didapati bertentangan dengan al-Qur'an dan Sunnah serta prinsip Ahli Sunnah Wal Jamaah.."
Ini bermakna ajaran sesat ialah semua ajaran selain yang diajarkan oleh Islam menurut panduan al-Qur'an dan Sunnah. Sedangkan saya tahu bukan itu yang dimaksudkan oleh Jabatan Agama Islam. Jabatan Agama Islam sebenarnya ingin membanteras ajaran yang didakwa sebahagian daripada Islam sedangkan pada hakikatnya menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar.
Justeru, saya berpendapat bahawa istilah 'ajaran sesat' itu sebaiknya ditukar kepada 'ajaran salah atau ajaran menyeleweng'. Tambahan pula, alangkah baiknya sekiranya kita mengelak daripada melabel orang lain sebagai 'sesat' kerana dikhuatiri dakwaan itu akan kembali kepada kita semula. Ini dinyatakan Rasulullah s.a.w dalam hadis baginda bahawa "..tidak boleh bagi seorang Muslim untuk mendakwa saudara muslim yang lain sebagai kafir. Kerana jika ia benar, maka kafir itu untuk yang didakwa. Seandainya tidak, maka dakwaan itu akan dikembalikan semula kepada si pendakwa.." Na'uzubillah hi min zalik
2) Daripada pembentangan panel juga, saya dapati Jabatan Agama Islam agak 'longgar' dalam pernyataannya berhubung sebab satu-satu ajaran itu dilabel sebagai 'sesat'. Antaranya kenyataan: "Merokok tidak masuk syurga" (sedangkan sebahagian jabatan agama Islam menghukumkannya sebagai HARAM) ataupun kenyataan "Berzikir boleh menangguhkan kiamat" (sedangkan hadis Rasulullah menyatakan bahawa kiamat tidak akan terjadi selagi ada manusia yang mengucapkan Lailaha illallah).
Sebaiknya, Jabatan Agama menyemak semula kenyataan-kenyataan mereka dalam menyatakan sebab-sebab satu-satu ajaran itu dianggap 'sesat'. Ini bagi mengelakkan berlakunya sikap 'ambil ringan' di kalangan pegawai JAI sendiri dan kekeliruan di kalangan masyarakat awam. Mungkin juga dalam pendakwaan, JAI seharusnya memfokuskan kepada aspek akidah dan ibadat yang mutawatir. Manakala isu khilaf seperti tawassul seharusnya dielakkan daripada dijadikan sebagai sebab pendakwaan.
3) Saya juga memuji tindakan pihak JAI yang masih membuka ruang dialog di antara mereka dengan ajaran yang diwartakan sesat. Ini adalah peluang yang baik untuk kedua-dua pihak melihat semula ajaran dan amalan bagi tujuan pemurnian. Namun begitu, saya juga terfikir seandainya berlaku kesilapan dalam soal pewartaan fatwa, apakah tindakan JAI seterusnya? Adakah 'pembersihan' nama mereka akan diisytiharkan atau disenyapkan begitu sahaja?
4) Salah seorang panel juga membentangkan berkenaan al-Arqam yang dikatakan sesat dari sudut aqidah mereka sedangkan dalam urusan lain seperti perniagaan dan dakwah, mereka diakui lebih kehadapan daripada gerakan muslim lain. Justeru, apakah sebenarnya yang wajar pihak JAI atau JAKIM lakukan. Wajarkah kesesatan dalam al-Arqam diwar-warkan begitu hebat sekali sedangkan kesesatan dalam Black Metal, Puja Syaitan dan Islam Liberal dibiarkan sahaja tanpa penekanan yangs sama hebat seperti yang berlaku terhadap al-Arqam?
5) Saya juga bersetuju dengan JAI Negeri Sembilan yang membuka ruang kepada ajaran-ajaran khususnya tarekat untuk mendaftar dengan mereka. Ini bagi memudahkan pihak JAINS untuk menjalankan pantauan berdasarkan rundingan kedua-dua pihak. Ini juga bertujuan supaya tidak timbul soal 'salah tuduh' atau 'salah tangkap' di pihak JAI.
6? JAI juga sepatutnya menyediakan kepakaran dalam bidang akidah tasawwuf dalam jabatan agar golongan ini dapat dirujuk berhubung isu-isu akidah dan tasawwuf ini. Kebanyakan permasalahan timbul apabila pegawai JAI yang berlatar belakangkan pendidikan syariah dan mempunyai kepakaran dalam bidang itu SAHAJA telah menjatuhkan 'hukuman' kepada satu-satu ajaran tanpa memahami dan mengetahui ruang lingkup ilmu akidah dan tasawwuf sebaiknya. Perlu disorot dalam catatan sejarah juga bahawa terdapat banyak kes di mana ahli sufi atau tasawwuf dihukum oleh pemerintah pada zamannya akibat tidak merujuk kepada yang pakar dalam bidang tasawuf sendiri. Lebih menyedihkan lagi apabila golongan sufi ini terus menerus diwar-warkan sebagai pelopor ajaran sesat sehingga ke hari ini.
Ya, saya bersetuju hukuman itu perlu bagi mengelakkan berleluasanya ajaran salah di kalangan masyarakat Islam. Tetapi perlu juga difahamai bahawa setiap hukuman perlulah dijalankan dengan penuh hati-hati hasil daripada penyiasatan yang TELITI. Bukankah penzina juga perlukan 4 saksi adil yang melihat secara terperinci sebelum boleh dijatuhkan hukuman?
Wallahu a'lam~ jangan kita terlalu ghairah menghukum sedangkan ilmu hanya sekepul~

Comments
Post a Comment