Dajjal dan sekutunya
Dajjal bererti penipu. Rasulullah s.a.w pernah bersabda menyatakan bahawa di akhir zaman nanti akan muncul begitu banyak dajjal. Ini bermakna, penipu akan bertambah hari demi hari. Mereka ini pula akan diketuai oleh ketua dajjal iaitu al-Masih Dajjal yang akan mati di tangan Nabi Allah Isa a.s.
Di akhir zaman ini, sama ada secara disedari mahupun tidak penipuan berlaku dengan begitu meluas sekali. Bukan sahaja peringkat individu, malah mencakupi peringkat antarabangsa dan dunia. Tentu di fikiran, kita membayangkan adalah mustahil untuk melakukan penipuan di peringkat antarabangsa, bukan? Bagaimana seandainya yang dinyatakan bahawa medium penipuan yang terbesar adalah menerusi media massa? Sudah tentu jawapannya, tidak mustahil berlakunya penipuan antarabangsa.
Justeru, sedarkah kita bahawa media massa pada hari ini dikawal selia oleh satu sumber yang sama? Ini mencakupi semua aspek sama ada hiburan, kesihatan,sukan, internet hatta berita yang kita anggap benar sekalipun. Banyak perkara telah membuktikan penipuan demi penipuan yang dibuat selama ini. Antaranya peristiwa 11 September 2001 dengan kemusnahan WTC di Amerika Syarikat. Bukti jelas menunjukkan ia bukan merupakan serangan luar bahkan dari dalam negara itu sendiri. Namun, masyarakat DUNIA dimomokkan bahawa ia adalah serangan ‘pengganas’ (baca: ISLAM) sehingga timbul satu fenomena ‘Islamophobia’. Jika ditelusuri sumber ketakutan ini muncul semestinya kita akan dapati jawapannya adalah media massa. Bukan sukar untuk kita mengenal pasti sumber media, bukan? Umumnya masyarakat tahu bahawa sumber berita UTAMA ialah CNN atau BBC. Persoalan yang timbul, siapakah pemilik sumber media utama yang sekaligus menjadi ‘penapis’ kepada berita yang bakal disebarkan kepada umum?
Kita semak pula dari aspek sejarah ketamadunan manusia. Berapa ramaikah manusia yang masih terbelenggu dengan pendapat yang menyatakan manusia berasal daripada beruk? Bagaimana pula dengan sejarah yang mencatatkan bahawa manusia berasal daripada zaman batu yang primitif? Bagaimana dengan kewujudan dinasour? Adakah persoalan berkenaan kebenaran fakta-fakta ini pernah wujud di kotak pemikiran kita? Atau kita sekadar berpendapat bahawa ia adalah benar hanya kerana ia TERCATAT dalam buku sejarah dan sains kita.
Banyak lagi contoh yang perlu sama-sama kita perhatikan dan fikirkan dengan MATA HATI. Selaklah lembaran al-Qur’an dan tadabburlah sebaiknya. Semoga kita terselamat dari fitnah dajjal dan sekutu-sekutunya..

Comments
Post a Comment