PLURALISME AGAMA
Pluralisme Agama merupakan satu fahaman yang menyatakan bahawa semua agama adalah sama. Tidak ada agama yang berhak mendakwa bahawa ajarannya sahaja yang benar (religous truth claim). Pengasasnya yang terkenal ialah John Hick. Beliau adalah individu yang memperjuangkan 'kesamaan' di antara semua agama. Semua agama dianggap mempunyai Tuhan yang sama, sekadar berbeza dari segi namanya. Semua manusia juga dikatakan akan memasuki syurga tanpa melihat kepada agama yang dianutinya. Ringkasnya, kepelbagaian agama dianggap seumpama pelbagai jalan yang menuju kepada matlamat yang sama.
Fahaman ini 'kononnya' bertujuan untuk mewujudkan keharmonian dan kesejahteraan manusia sejagat. Namun begitu, jika diperhalusi dengan lebih lagi kita akan mendapati fahaman ini sebenarnya menjurus kepada sekularisasi atau pemisahan agama daripada kehidupan. Bagaimana?
Dengan beranggapan bahawa semua agama adalah sama, seseorang itu akan kehilangan identiti dirinya. Sedangkan agama adalah garis panduan bagi manusia dalam menempuh kehidupan dan membentuk keperibadian seseorang. Lantas timbullah satu idea bahawa solat bagi umat Islam adalah sama seperti bertafakkur di gereja. Lalu, apa salahnya bagi seorang muslim bertafakur di gereja? Bukankah ia sama sahaja?
Fahaman ini juga mengundang kepada sikap tidak berpegang kepada agama bagi penganutnya. Maksudnya ialah apabila adanya andaian yang menyatakan "kalaulah agama ini semuanya sama dan seandainya semua manusia berhak masuk syurga, tenntulah tidak ada beza sama sekali di antara orang yang beragama yang mengamalkan agamanya dengan yang tidak". Lama-kelamaan, manusia akan semakin meninggalkan agama. Jika masih beragama sekalipun, maka tidak mustahil ia hanya pada nama atau keluarga sahaja.
Pluralisme juga beranggapan bahawa agama adalah sama seperti tradisi. Ini bermakna agama itu umpama 'pakaian' yang boleh diwarisi, dipakai dan dibuang pada bila-bila masa sahaja. Kesannya, manusia akan semakin terumbang ambing dan terus dihanyut oleh arus materialisme yang tidak bertepian. Manusia juga akan lupa kepada Tuhan yang mencipta dan menjadikan alam. Sedangkan menyedari kewujudan Tuhan adalah sebahagian daripada fitrah manusia itu sendiri.
Kesimpulannya, pluralisme pada hakikatnya tidak sahaja memberi kesan kepada umat Islam bahkan turut berbahaya kepada penganut agama lain. Sekaligus ia mengikis nilai manusiawi daripada manusia itu sendiri.

Comments
Post a Comment