Duit atau matawang?

Apabila dinyatakan dua perkataan di atas tentulah timbul kekeliruan di kalangan kita. Sesetengahnya berpendapat kedua-dua perkataan membawa maksud yang sama manakala ada juga yang berpendapat bahawa dua perkataan ini mempunyai maksud yang tersendiri.

Saya menghadiri satu syarahan perdana yang bertajuk 'Duit, Matawang, Kredit dan Riba'. Syarahan ini disampaikan oleh Prof. Dr. Aziudin Ahmad, seorang yang berpengalaman dalam bidang perbankan. Alhamdulillah ia merupakan satu perkongsian yang menarik daripada beliau khususnya buat saya selaku pelajar pengajian Islam.

Sedikit ulasan daripada syarahan beliau... Terdapat perbezaan BESAR di antara duit dan matawang. Duit ialah nilai sebenar bagi satu-satu barangan seperti beras, gula, minyak, elektrik, air, garam, ikan dan seumpamanya. Manakala matawang adalah satu unit yang diletakkan pada sehelai kertas dan dianggap sebagai mewakili NILAI barangan. Walaubagaimanapun, kesan daripada penggunaan dan tanggapan yang direncanakan oleh kuffar maka berlakulah kekeliruan di kalangan umat dunia pada hari ini. Boleh dikatakan hampir kesemua masyarakat dunia beranggapakan bahawa sekeping not atau kertas itu adalah BERNILAI dan mempunyai perbezaan dengan kertas-kertas lain. Hakikatnya, ini adalah perkara yang SALAH sama sekali. Mana mungkin nilai kertas yang sekeping boleh disamakan dengan nilai seguni beras atau sekilo gula, bukan?

Kekeliruan yang disengajakan ini menjadikan manusia umumnya tidak menyedari bahawa kekayaan dan harta mereka telah dikaut dan diratah dengan sewenang-wenangnya oleh Barat (baca: Freemason @ Dajjal). Masakan tidak, syarat ditentukan oleh Bank Dunia bahawa sekumpulan wang kertas perlu ditukar kepada sejumlah timbangan EMAS. Cuba fikirkan, antara kertas dan emas yang mana satukah lebih berNILAI? Seterusnya, kekangan dibuat lagi dengan pensyaratan bahawa setiap perdagangan atau urusan jual beli MESTILAH menggunakan duit kertas khususnya Dolar! Jika tidak, ia dianggap sebagai tidak sah atau tidak diiktiraf. Bukankah ini yang menjadi amalan sedunia? Secara tidak langsung, Dolar menjadi senjata untuk memiskinkan DUNIA.

Tambahan pula, wang mengalami SUSUT NILAI dari hari ke hari dan dari tahun ke tahun. Ini bermaksud mahu tidak mahu, penduduk dunia akan semakin ditindas secara berterusan. Keadaan menjadi semakin buruk apabila BANK menjadi elemen atau penghubung utama. Ini kerana bank adalah 'orang tengah' yang menjadi tempat pengeluaran wang di setiap tempat. Hasilnya, masyarakat akan bergantung pada bank utk mendapatkan wang kertas dan bank setiap negara perlu menjualkan emas yang ada padanya untuk mendapatkan lebih banyak wang kertas daripada Barat (baca: Freemason dan kuncu2nya).

Bank juga berperanan dalam menjadikan masyarakat berHUTANG. Ini sesuai dengan peranan bank sebagai PEMBERI HUTANG. Sedarkan kita bahawa bank pada hakikatnya tidak punya aset? Mana mungkin pinjaman yang diberikan adalah berpunca daripada simpanan pendeposit? Sedangkan peraturan bank sedunia menyatakan bahawa wang simpanan pendeposit sama sekali TIDAK BOLEH di'sentuh'!

Hakikatnya, bank hanya 'berlakon' sebagai pemberi hutang. Sebaliknya apa yang dilakukan oleh pihak bank ialah dengan menulis di atas kertas (dokumen) berkenaan pinjaman dan hutang yang diberikan kepada si peminjam SAHAJA. Dokumen ini pula diguna pakai dan diiktiraf oleh bank sedunia. Manakala si peminjam secara tidak langsung akan bertungkus lumus berkerja semata-mata untuk 'membayar hutang' tersebut. Tekanan yang dihadapi oleh si peminjam juga boleh menyebabkannya mencari jalan lain seperti mencuri atau menipu demi 'menyelamatkan diri' dari cengkaman hutang. Persoalannya, adakah ini muamalat yang sebenar?

Sudah tentu tidak. Islam sama sekali tidak menghalalkan jual beli yang penuh dengan tipu daya dan muslihat. Apatah lagi menjual atau membeli atau memberi pinjam BENDA YANG TIDAK WUJUD SAMA SEKALI. Justeru, Prof. mencadangkan agar kita kembali kepada situasi asal masyarakat manusia yang tidak melibatkan bank dalam kehidupan mereka. Bagaimana? mari kita fikirkan bersama..

(Prof ada menyatakan cadangan beliau tetapi saya tidak mahu untuk memperincikannya di sini kerana ia masih dalam perancangan dan rundingan di antara agensi-agensi yang terlibat)

Comments

Popular posts from this blog

Falsafah dan pemikiran Socrates

Peranan Paul dalam Kristian

Ulasan Buku: Seni berfikir yang hilang karya Ust Hasrizal