Perkara yang sering dilupakan oleh ibu dan ayah
Saya baru sahaja selesai menonton sebuah filem melayu yang diadaptasi daripada filem cina. Ceritanya agak membosankan, saya hampir sahaja tidak mahu menghabiskan menontonnya. Tetapi atas sebab ingin tahu saya layankan juga. Ternyata di sepanjang cerita, saya dapat perhatikan kesilapan-kesilapan yang sering dilakukan oleh ibu dan ayah. Tidak dapat dinafikan, termasuklah diri saya juga. Tujuan saya menyenaraikan kesilapan-kesilapan tersebut adalah sebagai peringatan bagi diri saya dan juga ibu ayah yang lain agar kita sama-sama berusaha untuk tidak mengulanginya.
Perlu diakui bahawa setiap mereka yang bergelar ayah dan ibu mengimpikan yang terbaik untuk anak mereka. Pada anak diletakkan harapan agar menjadi LEBIH BAIK daripada diri mereka sendiri. Sekalipun perkara ini jarang disedari oleh si anak, namun harapan demi harapan terus diletakkan ke atas bahu anak-anak. Setiap anak ada harapan yang tersendiri. Begitu juga setiap kali melihat anak membesar, maka harapan baru pula dipasakkan dalam diri.
Justeru, dalam usaha untuk menjadikan anak seperti yang diharapkan, ibu dan ayah tentunya tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan dan mengulangi kesalahan yang sama. Ini semestinya bukanlah satu perkara yang disengajakan, tetapi seolah-olah menjadi amalan atau 'trend' mereka yang bergelar ibu dan ayah. Antara perkara yang sering dilupakan dan diabaikan (kerana beranggapan tidak penting) ialah:
1. Penanaman nilai keIslaman dalam diri anak-anak seperti solat berJEMAAH, menziarahi sanak saudara, menghormati orang lain dan bertolak ansur.
2. Memberikan pujian kepada anak-anak dalam apa jua situasi. Kebiasaannya, ibu dan ayah hanya akan memuji dalam perkara-perkara yang dilihat sebagai TERBAIK sahaja. Ibu dan ayah selalu terlupa untuk memuji dalam perkara-perkara yang kecil seperti kenaikan markah mata pelajaran daripada 35 peratus kepada 40 peratus, membantu membuang sampah di dapur, memakai pakaian yang menutup aurat, membaca dan mengira dengan betul dan menegur kesalahan ahli keluarga.
3. Memperhatikan kebolehan anak. Setiap anak dianugerahkan dengan kebolehan dan kemampuan yang berbeza-beza. Namun, anugerah ALLAH ini seolah-olah terhalang dari pandangan mata ibu dan ayah dek kerana dianggap tidak selari dengan harapan yang mereka letakkan pada si anak. Apalah salahnya jika ibu bapa menyokong dan membantu anak dalam memperkembang bakat dan kelebihan mereka?
4. Membandingkan tabiat anak-anak dengan sejarah silam ibu dan ayah sendiri. Perlu disedari bahawa sebahagian daripada tabiat anak-anak (khususnya yang tidak begitu disenangi)adalah sebenarnya merupakan kesan daripada tingkah laku si ayah atau ibu sewaktu kecil dahulu. Sebab itu tidak salah pepatah melayu "Bapa borek, anak rintik". Justeru, ibu dan ayah seharusnya lebih prihatin dan tidak terus melatah apabila mendapati ada di antara tabiat anak-anak yang kurang enak dilihat atau didengar. Ibu dan ayah haruslah mengambil pendekatan yang terbaik dalam mengubah kelakuan si anak agar tidak terbawa-bawa sampai bila-bila.
5. Mendengar luahan dan 'jawapan' daripada anak. Biasanya, ibu dan ayah mengalami 'masalah' dalam menjadi pendengar yang baik. Ini berikutan EGO yang ada dalam diri sebagai Ibu dan ayah seolah-olah menutup telinga mereka dari mendengar kepada si anak. Antara faktornya,tahap pendidikan ibu dan ayah yang dianggap 'tinggi', umur yang dianggap sewajarnya menjadi ukuran, pangkat dan harta yang dianggap menjadi penyebab untuk si anak terus hidup. Ada juga ibu dan ayah yang terbiasa dihormati dan dipatuhi di pejabat terbawa-terbawa pendekatan ini ketika di rumah. Ini menjadikan si anak tidak dapat bersikap telus dengan ibu dan ayahnya sendiri.
6. Mengaku kesalahan diri. Ibu dan ayah seringkali merasa malu jika kesalahan adalah berpunca dari dirinya. Mereka lebih sanggup menebalkan muka tetap atas kesalahan daripada meminta maaf kepada si anak. Begitu mahalkan perkataan "Sori" atau "Maaf" itu?
7. Mencari penyelesaian kepada masalah. Ibu dan ayah sering mencari 'siapa' yang patut dipersalahkan sehingga mengabaikan 'kenapa' dan 'apakah' penyelesaian bagi satu-satu masalah si anak khususnya masalah dalam masalah akhlak. Persoalan 'siapa' yang salah ini tentunya akan berakhir dengan pergaduhan atau perselisihan yang lebih besar tanpa menyelesaikan sedikit pun masalah yang timbul.
8. Membezakan di antara komitmen kerjaya dan rumah tangga. Ibu dan ayah yang berjaya ialah mereka yang boleh membezakan di antara dua komitmen ini. Mereka juga PERLU sedar bahawa tidak ada tempat yang boleh menggantikan rumah tangga sebagai tempat teratas setelah ALLAH dan rasul. Ini kerana rumahtangga adalah tempat pembinaan INSAN manakala kerjaya hanyalah satu proses untuk penerusan hidup di dunia. Apakah salahnya seandainya kita mengabaikan urusan kerja seiring dengan habisnya waktu pejabat?
9. Menyedari bahawa dunia anak-anak adalah di rumah walaupun zahirnya dia lebih suka untuk berada bersama rakan-rakannya. Ini semestinya berbeza dengan sisi pandang ibu dan ayah yang beranggapan bahawa rumah adalah semata-mata tempat berehat. Konflik timbul apabila ibu bapa yang ingin 'berehat' di rumah telah diserabutkan dengan pelbagai karenah anak-anak yang pada hakikatnya inginkan perhatian daripada ibu dan ayah mereka.
10. Memeluk dan membelai anak walaupun sudah dewasa. Amalan ini dianggap pelik oleh kita hari ini sedangkan Rasulullah s.a.w masih lagi membelai Fatimah r.a walaupun beliau sudah pun bersuami dan mempunyai anak! Mengapa kita terlalu egois sedangkan Rasulullah yang mulia di langit dan di bumi itu bersikap sebaliknya? di manakah kita di hadapan ALLAH?
Justeru, marilah kita muhasabah diri selaku ibu dan ayah. Antara hakikat yang pahit untuk kita telan ialah sebenarnya, semua permasalahan yang ditimbulkan si anak adalah berpunca daripada kita sendiri. Ya, semak semula hubungan kita dengan ALLAH, hubungan kita dengan ibu bapa kita, hubungan dengan pasangan, hubungan sesama saudara seIslam dan hubungan kita dengan anak yang kita letakkan harapan padanya.
Wallahua'lam. Semoga anak dan zuriat kita menjadi penyejuk mata penawar hati di dunia dan akhirat.

Comments
Post a Comment