Mari kita bentuk pendidikan islami yang menyeluruh!
Nukilan ini dibuat berdasarkan syarahan perdana yang disampaikan oleh Prof. Daro' Dr. Sidek Baba di Auditorium Kuis pada 24 Mac 2011 yang lalu.
Saya tertarik dengan 'model' pendidikan Islam yang diperkenalkan dan cuba diketengahkan oleh Prof. Daripada penyampaian beliau, terpancar kesungguhannya dalam mewujudkan satu bentuk pengajaran dan pembelajaran yang 'keluar' dari ruang lingkup kerangkan teori Barat. Beliau memperkenalkan kerangka model tersebut dengan berpandukan kepada al-Qur'an dan Sunnah serta kalam hikmah daripada cendekiawan muslim yang terdahulu. Masya Allah, begitulah sifat seorang pemikir!
Prof. telah menyatakan bahawa terdapat tiga PROSES BELAJAR INSANI:
i) Proses keTAHUan (inquiry)
ii) Proses keFAHAMan (mencari hubung kait diantara perkara ghaib dengan yang nyata)
iii) Proses MENGHADIRKAN MAKNA (getting the meaning).
Jika diamati daripada ketiga-tiga proses ini, alangkah rasa kerdilnya diri dan betapa bersalahnya saya selaku barisan akademik yang tidak menjalankan ketiga-tiga proses ini dalam usaha pembentukan generasi berilmu. Sistem pendidikan Barat sebegitu lama telah membarah dalam kehidupan kita sehingga kita hanya menghadkan proses belajar ini kepada peringkat yang pertama sahaja. Malah, dengan melalui satu proses itu sahaja kita mengharapkan akan lahirnya generasi yang berketrampilan dan mampu mengulang kegemilangan tamadun Islam. Mana mungkin!
Seterusnya, Prof. menjelaskan kepada kami kaedah pengajaran dan pembelajaran yang beliau cadangkan dan sepatutnya diamalkan oleh semua murabbi. (bukan sahaja guru bahkan ibu, ayah, kakak, saudara seIslam juga!) Tiga langkah yang dicadangkan ialah:
i) Pendekatan Presriptif (syarah, khutbah)
ii) Pendekatan Intuitif (melibatkan hubungan hati)
iii) Pendekatan Aplikatif (guru sebagai role model kepada para pelajar)
Aduh, sekali lagi saya terpana. Apakah saya telah menjalankan kewajipan saya selama hari ini? Sesungguhnya saya beranggapan bahawa tugas saya hanyalah memberikan syarahan atau membacakan buku kepada mereka dan memastikan mereka LULUS dalam peperiksaan..Namun, ternyata saya salah lagi.. Sebenarnya proses menta'dib TIDAK TERHAD kepada peringkat usia atau golongan tertentu bahkan ia adalah proses sepanjang hayat!
Selanjutnya, Prof. menegaskan lagi kaedah P & P ini dengan kerangka Taksonomi P&P Islami yang semestinya berbeza dengan taksonomi Bloom yang digunakan oleh semua institusi pendidikan di Malaysia! Taksonomi yang dicadangkan beliau ialah:
i. Hafazan
ii. Faham
iii. Berfikir
iv. Penyerapan (Internalisasi)
v. Aktualisasi (amalan dan perilaku)
Ternyata, hubungan yang hampir dan dekat dengan pelajar itu adalah elemen yang PALING PENTING dalam proses pembentukan MODAL INSANI. Ini diperkukuhkan dengan menjadikan al-Qur'an sebagai asas dalam proses pengajaran dan pembelajaran SEMUA SUBJEK kerana ia pada hakikatnya merupakan PENCERAHAN bagi keHIDUPan manusia.
Justeru, fokus pendidikan anak-anak bermula dengan HATI sebelum diikuti dengan Akal dan Jasmani. Apatah lagi tempoh kritikal pendidikan mereka adalah bermula daripada dalam kandungan ibunya lagi sehinggalah saat akil baligh. Rasulullah s.a.w sendiri telah menekankan kepentingan hati sebagai Raja kepada anggota badan yang lain. Ini kerana matlamat AKHIR pendidikan yang sebenarnya ialah 'dekat dengan Allah s.w.t'.
"Education is NOT only transferring the knowledge BUT it is about TRANSFORMING THE MAN"
Wallahua'lam

Comments
Post a Comment