Membina fitrah anak-anak

Assalamualaikum..

Saya baru sahaja mengikuti satu wacana yang bertajuk membina fitrah anak-anak. Terdapat empat orang panelis: Ustaz Don Daniyal, En. Mohd Farid, Ustazah Isfadiah dan Pn. Mumtazah.. Forum ini adalah anjuran Brainybunch dan Kuis.

Sepanjang program berlangsung (walaupun saya tak dapat ikuti kesemuanya), saya tertarik melihat audiens terdiri daripada ibu bapa dan anak-anak. Hampir kesemua ibu bapa yang hadir membawa anak-anak mereka bersama. Tidak kira sama ada ibu bapa muda mahupun yang sudah pun memasuki era kematangan rumahtangga. Apa yang pasti, kesemua audiens mengharapkan satu input yang berharga untuk dibawa pulang sebagai panduan dalam mengkoreksi diri dan keluarga.

Hadis Rasulullah s.a.w:
"Setiap manusia dilahirkan di atas fitrah. Maka ibu bapanyalah yang menjadikannya Yahudi, Majusi atau Nasrani"

Rupanya setiap daripada kita ini memulakan hidup dengan fitrah. Apa itu fitrah manusia? Merenung anak-anak di rumah, saya menyenaraikan sebahagian 'FITRAH' daripada kaca mata saya sebagai~
tiada prasangka, bersih daripada iri hati, jauh daripada sifat mazmumah, jujur dalam melahirkan perasaan, kehidupan yang ceria, punya tawakkal yang tinggi kepada Allah,eager (begitu bersemangat) dalam menjelajah dan mendapatkan pengetahuan, tidak kenal erti putus asa..

Namun, ke mana perginya semua fitrah yang dibekalkan Allah dalam diri kita? Kenapa hari demi hari apabila kita semakin berakal, perkara sebaliknya yang berlaku..kita dapat akal kita TETAPI kita seolah2 kehilangan fitrah yang murni ini? Mengapa agaknya?

Firman Allah s.w.t dalam surah al-Tin yang bermaksud:
"Sesungguhnya kami ciptakan manusia itu dalam SEBAIK2 KEJADIAN, kemudian kami kembalikan mereka ke tempat yang serendah2nya"

Kekaburan kita daripada beroleh FITRAH semula ialah kerana:

i. Ia tidak dijana dan disuburkan secara konsisten daripada mula kelahiran.

ii. Kita terlalu memberi fokus kepada akal yang AMAT TERBATAS kepada perkara-perkara NYATA.

iii. Peranan hati telah diabaikan sekian lama menerusi sistem pendidikan di rumah dan di sekolah. Sedangkan hati MAMPU melihat apa yang terhijab daripada Akal dan pancaindera lain.

Justeru, bagaimana ingin membetulkan semula kekaburan kita ini?
Caranya ialah dengan kembali semula kepada FITRAH dengan menjadikan ALLAH sebagai Tuhan dengan erti kata sebenar.
Kenalilah diri..dari mana kita datang, untuk apa kita hidup dan ke mana akhirnya kita ini..
Dengan kesedaran bahawa kehidupan ini tidak lama dan dengan cara mengasah mata hatilah kita akan berjaya pulang semula kepada fitrah dan mengenal ALLAH sebagai hanya Tuhan yang layak disembah (bukan duit,kerjaya dan harta)

ALLAHU RABBI..semoga sama-sama kita kembali dekat dengan-Nya menerusi jalan zikrullah, muraqabatillah dan ihsan..

ISLAM itu FITRAH..

Comments

Popular posts from this blog

Falsafah dan pemikiran Socrates

Peranan Paul dalam Kristian

Ulasan Buku: Seni berfikir yang hilang karya Ust Hasrizal