Di manakah Allah?

Kenapa manusia suka mencari yang HARAM sedangkan yang halal terbentang di depan mata? Jijikkah yang halal sehingga perlu menagih yang HARAM? Di manakah rasa berdosa dalam diri? Di manakah Tuhan ketika diri menikmati yang HARAM? Apakah Tuhan itu buta tidak dapat melihat apa yang dilakukan oleh manusia? Apakah malaikat tidak ada mencatit amalan manusia untuk dihisab? Ke mana hilangnya KEIMANAN pada YANG ESA?

Sesungguhnya, Tuhan itu Maha Mengetahui..dan yang HARAM itu kenikmatannya hanya sementara. Jika benar yang HARAM itu memuaskan secara hakiki, apakah hati akan merasa tenang dengannya? Wallahi, itu adalah mustahil dan seandainya ia berlaku maka sedarilah bahawa HATI ITU MATI. Baginda Rasulullah s.a.w sendiri menyatakan bahawa hati adalah PENILAI bagi setiap tindak tanduk manusia..Justeru, seandainya peranan hati itu dinafikan maka hilanglah fitrah manusiawi. Yang tinggal hanyalah sifat HAIWANI..

Ya ALLAH, ampunkan kami tuhan..yang diUJI dengan ILMU kami sendiri..

Comments

Popular posts from this blog

Falsafah dan pemikiran Socrates

Peranan Paul dalam Kristian

Ulasan Buku: Seni berfikir yang hilang karya Ust Hasrizal