Mini Kolokium SLAK 2011
Ucapan yang saya nukilkan di sini merupakan sedikit sedutan daripada uacapan Dr. Wan Mohd Nor Wan Daud di Mini Kolokium SLAK 28 Disember yang lalu. Saya akui, agak terlewat saya memasukkan entri blog ini memandangkan kesibukan kerja dan kuliah sepanjang satu semester.
Dalam ucapannya, Dr. telah memberi amaran bahawa adanya usaha untuk menyifatkan kemunduran umat Islam hari ini berpunca daripada akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah khususnya yang cenderung kepada metode Imam al-Ghazali dan Imam al-Asy'ari. Beliau juga menyebut tradisi penjajahan hari ini sedang ditumpukan kepada bidang pendidikan. Buktinya 73 peratus daripada universiti di Timur Tengah adalah ditadbir oleh pihak swasta. Daripada semua universiti swasta tersebut, 50 peratus daripadanya adalah dibiayai oleh Eropah dan Amerika Utara. Tujuannya adalah untuk menguasai bidang ilmu yang tinggi dan menjadikan ilmu-ilmu Islam dikupas dan dibentangkan menurut kaca mata mereka. Begitu juga ia bertujuan untuk mendidik warga berpendidikan agar terus-terusan mengambil ilmuwan Barat sebagai sandaran dan mengenepikan ilmuwan muslim. Rentetan daripada itu, kajian dan penekanan kepada akhlak dipandang remeh dan tidak utama. Ini adalah sejajar dengan pegangan mereka yang beranggapan bahawa akhlak adalah soal peribadi dan tidak perlu diketengahkan apatah lagi dibincangkan secara serius.
Justeru, menurut Dr. Wan Mohd Nor seharusnya bagi mereka yang ingin menulis sama ada berbentuk ilmiah atau sebaran am perlulah menetapkan tujuan seperti berikut:
i. Mengetengahkan perkara yang tidak diketengahkan sebelum ini.
ii. Menghimpun maklumat yang bertebaran.
iii. Menjelaskan situasi/kemusykilan yang berlaku.
iv. Menghuraikan masalah-masalah yang muncul.
v. Mengkritik ajaran/pegangan/kajian yang popular tetapi tidak menguntungkan agama.
Saya begitu tertarik apabila Dr. menekankan berulang kali betapa kepentingan kepada para pengkaji untuk membuat kajian dan mengemukakan pendirian yang LEBIH BERANI tanpa terikat dengan stail-stail kajian barat yang lebih bergantung kepada metode natural science (sains tabii). Metode ini mempunyai beberapa kriteria yang menyempitkan lagi bidang kajian dan kemampuan insan. Antara kriteria metode ini ialah berpegang kepada statistik, penemuan yang terkini ialah yang terbaik, penemuan lama bersifat lapuk dan tidak boleh diguna pakai dan lain-lain.
Apa yang penting menurut beliau ialah tujuan menulis atau mengkaji mestilah untuk menzahirkan penemuan di samping membantu/ memberi sumbangan terhadap perkembangan ilmu.
Wallahu a'lam.
Yang kurik itu kendi, Yang merah itu saga
Yang baik itu budi, Yang indah itu bahasa.

Comments
Post a Comment