Sistem politik Melayu: Antara tradisi dan demokrasi
Pada 24 November 2011, saya berkesempatan menyertai sebuah seminar anjuran Jabatan Pemikiran dan Peradaban Islam. Dalam seminar tersebut, Dr. Siddiq Fadzil telah pun menyampaikan sebuah pembentangan yang bertajuk Sistem politik Melayu: Antara Tradisi dan Demokrasi.
Satu tajuk menarik saya kira. Ditambah pula dengan gaya penyampaiannya yang menggunakan bahasa 'lama' seperti sasterawan lagaknya. (Hehe..)
Beliau menyatakan bahawa Islam telah sampai ke Tanah Melayu selepas kejatuhan Baghdad iaitu pada kurun ketiga belas Masihi. Islam yang sampai ini bukan sekadar kosmetik atau ikut-ikutan sahaja, bahkan ia sebenarnya meresap terus ke akar umbi mencakupi aspek politik dan kehidupan masyarakat Tanah Melayu pada ketika itu.
Antara buktinya ialah istilah Raja yang digunakan walaupun ia membawa maksud jelmaan Dewa tetapi dalam Islam Raja disifatkan sebagai bayangan Tuhan untuk menggambarkan bahawa seorang Raja adalah insan yang memikul amanah dalam menegakkan syariat Allah s.w.t. Selain daripada itu, tradisi Melayu Islam juga tidak menganggap bahawa Raja tidak terlepas daripada tanggungjawab dan kontrak sosial. Dengan menggunakan kata-kata "Raja tidak boleh derhaka, Raja tidak boleh zalim" menggambarkan bahawa rakyat tidak berhak untuk diaibkan melainkan sekiranya bernar bersalah dari sudut syariat maka ia dibolehkan untuk dijatuhkan hukuman. Ketaatan rakyat pula hanya tertakluk kepada sempadan syariat. "Setiap Melayu setia bersyarat. Derhaka Melayu, Derhaka bersebab" rangkai kata ini menunjukkan bahawa rakyat mengharapkan keadilan dalam politik mereka. Apatah lagi kata-kata popular seperti "Raja adil, raja disembah. Raja zalim, raja disanggah." Kata-kata rakyat dahulu kala ini menggambarkan juga kepada kita bahawa segala ketaatan dan keadilan adalah berdasarkan al-qur'an dan sunnah.
Selain daripada itu, nilai keIslaman dalam politik Melayu tradisi dapat dilihat melalui gelaran-gelaran yang diberikan kepada raja Melayu. Antaranya Sultan Malikul Din, Sultan 'Ala'uddin dan sebagainya. Di samping ia adalah penghormatan kepada raja, ia juga membawa bersama harapan rakyat serta peringatan kepada raja tentang tanggungjawabnya.
Dalam sejarah juga dapat dilihat bahawa peranan ulama tidak dipinggirkan dalam urusan politik Melayu. Ini kerana para ulama Melayu ketika itu memainkan peranan aktif sebagai penghubung di antara rakyat dengan raja. Sebarang kezaliman dari pihak raja akan cuba diperbaiki oleh para ulama dengan mengelakkan berlakunya pemberontakan rakyat yang mengundang kepada padah lebih besar. Atas faktor inilah kita dapati amat jarang sekali orang Melayu dicatatkan dalam sejarah sebagai membunuh raja mereka sekalipun ternyata raja itu berlaku zalim.
Akhir kalam daripada Dr., beliau menyatakan bahawa Negara Islam Demokratik ialah yang menegakkan kedaulatan syariat dan meraikan kedaulatan rakyat.
Sabda Rasulullah s.a.w: "Setiap kamu adalah bertanggungjawab ke atas apa-apa yang berada di bawah tanggungannya.." (mafhum hadis)

Comments
Post a Comment