'Gatal Hati'

Tertarik dengan satu artikel dalam majalah Anis yang bertajuk Apabila 'Gatal Hati'..
Pelik bukan? hehe..pelik bagi saya, sebenarnya. Sebelum ini saya tidak pernah mendengar istilah yang dikemukakan oleh penulis artikel ini. Ternyata ia adalah berbeza dengan penyakit hati yang diketahui umum. Artikel ini telah pun saya kongsikan bersama anak usrah saya dan menjadi antara topik perbincangan kami pada tengah hari tadi.

Apa itu Gatal Hati?
Gatal hati berbeza dengan penyakit hati. Rangkai kata ini merujuk kepada keinginan membuak-buak nafsu seseorang untuk melakukan kejahatan dan maksiat. Kegatalan yang dihadapi ini biasanya mendorong emosi atau perasaan untuk bertindak bagi 'melegakan' perasaan tersebut.




Hasilnya..
Luahan perasaan di laman sosial, ayat ekspresi yang pelbagai, ungkapan kata-kata yang memedihkan telinga mendengar, merosakkan harta benda awam (a.k.a vandalisme) dan beragam lagi gaya orang yang sedang meredakan kegatalan hatinya..

Kesannya..
Berlaku persengketaan, salah faham, pergaduhan dan dendam kesumat!

Lantaran itu, jalan keluarnya..
Sabar dan mujahadah-pohonlah kepada Allah al-Sabur (Yang Maha Sabar) agar kita diberikan kesabaran dan ketahanan dalam menahan diri daripada melampiaskan kegatalan hati yang berpunca daripada nafsu itu.

Gunakan panduan iman dan akal- tindakan yang tidak dilandaskan keimanan selalunya mengundang kegilaan dan di luar batasan. pohonlah kepada Allah al-Rasyid (Yang Maha Pemberi Petunjuk)agar memasukkan kita di kalangan mereka yang terpimpin. Sedangkan Rasulullah SAW juga dipimpin Allah dalam setiap ketika apatah lagi kita yang lebih-lebih lagi memerlukannya!

"(Ingatlah peristiwa) tatkala serombongan anak muda pergi ke gua lalu berdoa: Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kami rahmat dari sisi-Mu dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami" (al-Kahfi 18:10)

Comments

Popular posts from this blog

Falsafah dan pemikiran Socrates

Peranan Paul dalam Kristian

Ulasan Buku: Seni berfikir yang hilang karya Ust Hasrizal