Puisi pendek di petang hari..
Pisang emas di atas peti
Disimpan untuk bertemu janji
Jika tidak yakin dapat ditepati
Jangan gemar menabur janji
Biji saga warnanya merah
Begitu juga warna darah
Jangan pandai mengarah-arah
Cukup sekadar memberikan arah
Bersusun semut menyeberang titi
Untuk menghurung lalat yang mati
Jika mahu dihormati
Maka belajarlah untuk menghormati
Anak rusa masuk ke taman
Puas sudah orang memburu
Kalau muda jadikan teman
Kalau tua jadikan guru
Tunduk sujud meletakkan dahi
Kewajipan hamba kepada tuhan
Jika mahu dikasihi
Sebarkan salam sesama insan
Hidup ini biar berkawan
Supaya tidak menjadi canggung
Jika bercita-cita menggapai awan
Sediakan usaha setinggi gunung
Ramai orang menggali perigi
Ambil buluh lalu diikat
Ilmu dicari tak akan rugi
Barulah hidup menjadi berkat
Tuan haji memakai jubah
Singgah solat di tepi lorong
Kalau sudah kehendak Allah
Rezeki segenggam jadi sekarung
*dikarang untuk merawat hati yang sedikit terguris..renung2kan!*
Pisang emas di atas peti
Disimpan untuk bertemu janji
Jika tidak yakin dapat ditepati
Jangan gemar menabur janji
Biji saga warnanya merah
Begitu juga warna darah
Jangan pandai mengarah-arah
Cukup sekadar memberikan arah
Bersusun semut menyeberang titi
Untuk menghurung lalat yang mati
Jika mahu dihormati
Maka belajarlah untuk menghormati
Anak rusa masuk ke taman
Puas sudah orang memburu
Kalau muda jadikan teman
Kalau tua jadikan guru
Tunduk sujud meletakkan dahi
Kewajipan hamba kepada tuhan
Jika mahu dikasihi
Sebarkan salam sesama insan
Hidup ini biar berkawan
Supaya tidak menjadi canggung
Jika bercita-cita menggapai awan
Sediakan usaha setinggi gunung
Ramai orang menggali perigi
Ambil buluh lalu diikat
Ilmu dicari tak akan rugi
Barulah hidup menjadi berkat
Tuan haji memakai jubah
Singgah solat di tepi lorong
Kalau sudah kehendak Allah
Rezeki segenggam jadi sekarung
*dikarang untuk merawat hati yang sedikit terguris..renung2kan!*
Kebetulan atau??? Kita punya wall utk blog sama. Keh3..
ReplyDeleteMasih rajin ko mengupdate ya, bagus2. I nak jugaaak. Bilakah hehe..
Wall utk blog? apa yg sama? heheh..ha'ah, kalau nak tahu antara azam 2012 ialah untuk update blog plg kurang sebulan satu entri..
ReplyDelete