Masa: Nikmat yang sering dilupakan
Bismillah hir rahman nir rahim..
Masa adalah antara nikmat yang ALLAH kurniakan kepada kita selaku makhluk Nya. Ia juga termasuk di antara tanda kelemahan kita sebagai makhluk. Kerana kita sentiasa terikat dengan masa sedangkan ALLAH tuhan kita sama sekali tidak terikat dengan masa. Atas sebab inilah ALLAH disifatkan sebagai tiada awal dan tiada akhir. Kerana apa-apa yang ada awal maka ia akan ada akhir, ada permulaan menandakan ada pengakhiran. Kedua-dua perkara ini diukur dengan masa! Adapun ALLAH sedia ada dan Dialah yang menciptakan masa. Perumpamaannya seperti kita menghidupkan suis televisyen dan mematikannya tanpa kita terikat dengan masa televisyen itu bersiaran.
Jadi, sebagai nikmat Allah masa adalah amanah kepada kita semua. Amanah ini perlu dipelihara dengan sebaiknya melalui pengurusan masa yang betul. Berdasarkan pengamatan saya, orang yang berjaya sejak zaman berzaman adalah mereka yang bijak mengurus masa. Saya teringat kisah Hasan al-Banna, seorang tokoh gerakan Islam yang amat bijak dalam mengurus masa. Dikisahkan oleh anaknya sendiri, bahawa satu hari Imam Hasan al-Banna berpesan kepada anaknya untuk mengejutkannya daripada tidur yang ringkas, 7 minit. Maka, si anak sambil menanti tempoh masa terleka seketika sehingga dia dikejutkan oleh bapanya yang terjaga dengan sendiri selepas 7 minit itu. Subhanallah, hati saya terdetik ketika membaca kisah ini. Bagaimana orang hebat seperti ini mampu untuk mengawal masanya hatta untuk tidur.
Lagi pemerhatian saya tentang tokoh negara sendiri iaitu Dato' Seri Anwar Ibrahim. Satu ketika beliau hanya diberi permit polis untuk berucap selama 10 minit di pentas. Maka, saya dapati beliau boleh berucap dengan menyampaikan isi penting tanpa melebihi masa yang ditetapkan, tanpa ada isi yang tertinggal. Semua dinyatakan dengan jelas dan dapat difahami khalayak.
Ini di antara dua orang tokoh yang sempat saya rakamkan dalam entri kali ini. Saya yakin dan percaya semua tokoh hebat adalah kerana mereka bijak dalam mengatur masa menjadikan mereka mampu membuat pelbagai jenis tugasan yang tidak semua orang mampu lakukan. Seperti Dr. Zulkifli Mohammad al-Bakri yang merupakan seorang penceramah, penulis artikel, penulis buku, panel radio, penyampai kuliah tetap dan penasihat syariah di beberapa institusi. Saya tertanya, bagaimana beliau menguruskan masa dalam kesibukan tersebut. Sedangkan apabila beliau menyampaikan pendapat atau ceramah hampir begitu sempurna sekali kajiannya, saya kira. Pada waktu bilakah beliau membaca? itu yang bermain di minda saya.
Apatah lagi Dr. Yusuf al-Qaradawi, yang sentiasa menjadi rujukan masyarakat Islam dunia. Hampir kesemua institusi fatwa memerlukan khidmat beliau. Sedangkan dalam masa yang sama beliau menghasilkan penulisan yang begitu tinggi nilainya, menyampaikan pengajian di masjid-masjid, menerima panggilan ceramah di mana-mana seantero dunia.
Masya Allah begini hebat ALLAH jadikan manusia, hanya punya masa 24 jam sehari seperti manusia lain tetapi mampu melakukan pelbagai perkara menyumbang kepada ummah.
Mereka ini sebenarnya mencontohi Rasulullah s.a.w dalam mengurus masa. Adapun baginda s.a.w labih luar biasa hebatnya dalam menguruskan masa. Beliau adalah ketua keluarga, ketua negara, ketua tentera, rujukan umat, 'abid, rasul sekalian alam. Akhlak baginda yang memelihaa adab dengan masa ini perlu dicontohi oleh kita semua selaku umat baginda. Tiada lagi alasan perlu dikemukakan kerana sesungguhnya tidak ada manusia yang sibuk mengatasi kesibukan baginda s.a.w.
Oleh itu, susunlah masa kita sebaiknya. Pelajarilah teknik dan kaedahnya supaya masa kita tidak menjadi perkara yang akan menyebabkan kita dihumban ke dalam neraka jahannam kelak. Na'uzubillah hi min zalik.
Wallahu a'lam..

Comments
Post a Comment