Relevankan talaqqi hari ini?
Sejak akhir-akhir ini sistem talaqqi kembali hangat diperkatakan di dewan-dewan kuliah dan seminar-seminar tempat saya bekerja. Persoalannya sejauh mana ia sesuai digunakan bagi tujuan penyampaian ilmu di era siber ini. Kebanyakan masyarakat 'moden' lebih gemar cara yang mudah, cepat dan ringkas. Sedangkan apabila menyebut istilah talaqqi sahaja sudah tergambar sistemnya yang memakan masa panjang, dengan guru duduk dikelilingi murid dan kitab-kitab kuning. Justeru, bagaimanakah sistem ini boleh disesuaikan dengan slaid power point kita, video camera, internet dan seumpamanya?
Baru-baru ini seorang tokoh tersohor, Dr. Zulkifli Mohammad al-Bakri telah dijemput untuk memberikan ceramah perdana berkenaan isu ini. Tajuknya: "Sistem talaqqi dalam pendidikan". Bermula pada jam 9.15 pagi bertempat di Auditorium Kuis.
Beliau memulakan penyampaiannya dengan menyebut sejarah talaqqi. Talaqqi yang pertama ialah yang berlaku di antara Rasulullah s.a.w dengan Jibril a.s. Iaitu ketika penyampaian wahyu dan risalah Allah s.w.t. Rasulullah sebagai murid dan Jibril sebagai gurunya. Ini dijelaskan dalam al-Quran (87:6-7) bermaksud:
"Kami sentiasa menjadikan Engkau (Wahai Muhammad) dapat membaca (Al-Quran yang diturunkan kepadamu - dengan perantaraan Jibril), sehingga Engkau (menghafaznya dan) tidak lupa,kecuali apa yang dikehendaki Allah Engkau lupakan"
Begitu juga firman Allah s.w.t agar Nabi s.a.w tidak tergesa-gesa dalam menerima wahyu daripada Jibril sebaliknya mendengar dahulu sebelum kefahaman dicurahkan ke dalam dada baginda s.a.w.
Ini adalah sebagai dalil bahawa sistem talaqqi adalah sebahagian daripada sunnah Rasulullah s.a.w dan sebaik-baik metode pembelajaran manusia. Jika tidak, masakan metode ini digunakan kepada baginda s.a.w oleh Jibril.
Seterusnya, Dr. Zulkifli menjelaskan bahawa terdapat dua syarat talaqqi iaitu: 1. Ada penerimaan daripada seorang murid kepada guru; 2. Sabit adanya pertemuan di antara kedua-dua pihak. Ini bermakna, talaqqi melibatkan pertemuan 'one-to-one' antara murid dan guru. Sekali gus, talaqqi ini termasuk di antara syarat pengesahan guru (mengesahkan bahawa si fulan telah berguru dengan syeikh fulan)
Beliau turut menjelaskan beberapa kepentingan talaqqi, antaranya:
i. Pelajar dapat menerima ilmu seadanya. Ini bermakna, pelajar dapat memahami sesuatu ilmu itu seperti yang dijelaskan oleh guru. Sehinggakan pelajar dapat mencontohi perlakuan guru ketika ilmu itu disampaikan. COntohnya dalam hadith musalsal di mana periwayat hadith akan membuat seperti Rasulullah s.a.w buat ketika menyatakan hadith tersebut.
ii. Wujud pembetulan tashif (penulisan). Ini kerana kadang kala terdapat kesalahan dalam penulisan atau kesilapan dalam memahami penulisan guru. Apatah lagi, jika penulis kitab atau si guru tadi mengarang ikut 'urufnya. Contohnya kalimah al-Hammam (b.arab) jika diterjemahkan biasa bermaksud tandas sedangkan di Syria ia bermaksud tempat mandi air panas awam. Justeru, jika kitab dibaca dan diterangkan oleh penulisnya sendiri, maka kefahaman dan maksud sebenar lebih mudah dicapai.
iii.Beroleh keberkatan dari Ilahi. Ilmu yang datang daripada guru yang ikhlas memberi kesan kepada diri anak murid. Kerana pancaran hati yang ikhlas akan menyinari hati-hati yang sedia menerimanya. Sesungguhnya guru yang berkat ialah guru yang menjaga hubungan dengan Allah s.w.t melalui tahajjud dan tilawah al-Quran.
Dr. Zulkifli Mohammad turut menjelaskan kehebatan talaqqi pada sanad kerana dalam masa yang sama ia melatih pelajar untuk menyemak kesahihan ilmu. Perkara ini berkait rapat dengan kepentingan mencari guru talaqqi yang berkelayakan. Ia bermaksud:
1. Guru hendaklah alim dan pakar dalam bidangnya. Guru tersebut mestilah seorang yang mempunyai rujukan yang tepat dalam menyampaikan ilmu. Tidak hanya bergantung kepada sumber sekunder.
2. Guru hendaklah seorang yang warak dan tidak mengutamakan dunia.
3. Perlunya belajar daripada guru yang ramai. Ini bagi mengelakkan taksub kepada satu guru sahaja. Apatah lagi Rasulullah s.a.w telah memberi amaran bahawa di akhir zaman nanti ulama akan mendatangkan cerita-cerita aneh dan pelik bagi menarik para pelajar.
Dalam masa yang sama juga ada syarat bagi para pelajar yang melalui sistem ini iaitu, dia mestilah mempunyai kesabaran yang tinggi. Kerana ilmu bukan bermaksud sekadar tahu tetapi ilmu sepatutnya mampu membantu kita menyelesaikan masalah orang lain.
Bagi sukatan pelajaran untuk sistem talaqqi, beliau mencadangkan agar bermula daripada bawah. Dimulakan dengan kitab yang mudah beransur-ansur kepada kitab yang lebih susah atau terperinci perbahasannya. Pelajar perlu diperkenalkan kepada pengarang kitab dan diajar cara memahami metodologi yang digunakan oleh pengarang dalam kitabnya.
Pelajar juga perlu diberi peluang untuk memilih kepakaran dan minat sendiri. Sistem ini juga perlu memberi galakan dan tumpuan kepada pelajar agar menggunakan daya pemikiran mereka. Dengan ini, talaqqi boleh diimplimentasi kepada semua bidang kecuali ilmu tasawuf. Syaratnya guru perlu kreatif dalam menentukan bentuk talaqqi yang sesuai.
Di akhir bicara, beliau mencadangkan agar penulisan ilmiah perlu diajar dan diwajibkan kepada para pelajar agar mereka terdidik untuk menulis secara ilmiah serta bermanfaat kepada dunia ilmu.
Wallahua'lam. Bicara kali ini berakhir pada 10.50 pagi. Alhamdulillah..

syukran kathir atas prkongsian ni..blh guna mklumat ni utk assignment..
ReplyDelete