Posts

Showing posts from February, 2013

Ulasan buku: Wasiat sebelum dirimu bergelar ulama

Karya yang disusun oleh Ust Mohd Solleh Abd Razak ini adalah baik dan sesuai untuk dibaca oleh semua pelajar jurusan pengajian Islam khususnya peringkat Institut Pengajian Tinggi. Malah, selaku graduan daripada bidang tersebut saya mendapati kupasan buku ini adalah ilmiah kerana disertakan dengan rujukan lengkap. Namun, susun aturnya yang santai dan bijak oleh penyusun menjadikan pembaca seolah-olah tidak merasa ketinggian idea yang cuba disampaikan. Buku ini memberi saya inspirasi untuk menyedari kedudukan saya sebagai pengajar dan penuntut ilmu agama. Di samping ia banyak memberi input baru kepada saya atas pengetahuan yang sedia ada, ia turut menjawab sebilangan persoalan saya –sama ada yang diajukan atau yang bermain di minda- khususnya berkaitan pendirian yang terbaik boleh diambil oleh seorang ‘agamawan’ dalam konteks politik hari ini. Ini berikutan penulis menyelitkan maklumat tambahan berkenaan situasi politik di Malaysia dan peranan yang sepatutnya dimainkan oleh para ulam...

Tips belajar dari Fb

Image
Perkongsian dari Fb.. Seolah-olah bertepatan pula dengan musim peperiksaan yang bakal tiba, suka saya berkongsi artikel yang dikongsi oleh rakan-rakan Fb.. Bukan apa, kata-kata (baca: ALASAN) pelajar di bawah adalah yang biasa dilontarkan oleh pelajar-pelajar saya. Tanpa mengira semester/tahun/umur. Justeru, dengan mengabadikan tulisan ini dalam blog saya, diharapkan saya dapat memberikan jalan keluar bagi mereka setiap kali mereka mengungkapkan ayat yang 'beracun' ini.. :) 10 UCAPAN PALING BERACUN SEORANG PENUNTUT ILMU - PROF DR MUHAYA 1. 'Saya Tidak Tahu di Mana Nak Mula.' Ini masalah biasa. Jangan gelabah. Biasalah, kalau kita bingung dengan jumlah subjek yang banyak untuk di-pelajari. Mulakan dengan menyenaraikan semua perkara yang kita perlu tahu dan yang boleh dicari daripada sukatan pelajaran atau segala yang diberitahu oleh pensyarah. Bahagikan beban kerja pada beberapa bahagian yang boleh diurus. Belajar mengutamakan kerja yang utama dan jadualkan masa ...

Di bumi Iskandariah itu

Pagi ini hujan renyai. Saya berjalan ke tempat kerja seperti biasa. Namun, deria bau saya menangkap sejenis bau yang hampir sahaja menghentikan langkah saya. Ya, bau itu! Bau asap van yang bercampur dengan bau hujan menimpa tar. Gandingan bau ini membawa saya mengimbau bumi Iskandariah, Mesir. Musim sejuk di sana seolah-olah mengundang hujan pada setiap pagi. Dan setiap pagi itu jugalah, dengan berpakaian tebal dan menyarung 'sneakers' saya bersendirian menuruni anak tangga yang gelap dan berdebu sebelum menjejak tanah ke tempat perkumpulan van untuk ke kuliah. Dalam suasana pagi itu jugalah mata saya melilau mencari van yang sesuai dan tepat supaya tidak berlaku tragedi 'salah destinasi'. Doa dan zikir juga sentiasa bergema dalam hati mohon dielakkan perkara yang tidak diingini. Seboleh mungkin saya cuba mendapatkan van yang membolehkan saya menempatkan diri bersebelahan penumpang wanita. Paling tidak, van tersebut perlu mempunyai pelajar Malaysia. Paling kriti...

Rahmat dalam Ujian

Semakin kaya semakin tertekan Laporan akhbar Sinar Harian menyatakan bahawa 5.8 juta rakyat Malaysia mengalami tekanan jiwa. Tidak dinyatakan pula bentuk-bentuk tekanan jiwa yang dihadapi serta puncanya. Sedangkan Malaysia termasuk di antara negara yang mendapat perhatian dunia. Bukan sahaja Malaysia, malah negara-negara membangun lain seperti Jepun dan Amerika Syarikat turut mencatatkan bilangan penduduk yang menghadapi tekanan jiwa adalah tinggi berbanding negara-negara lain. Kadar perceraian, kematian, kecurangan, kemalangan, penagihan dadah dan bencana alam semakin meningkat saban tahun. Seolahnya, semakin tinggi taraf hidup sesebuah masyarakat, semakin mereka ‘menjuarai’ penyakit tekanan. Timbul persoalan adakah kemodenan dan kemegahan sebenarnya menyumbang kepada tekanan? Jika benar, adakah masyarakat dunia hari ini perlu berhenti daripada gaya hidup moden dan beralih kepada gaya tradisional? Sudah tentu jawapannya tidak semudah itu. Namun, umumnya menyedari bahawa tanpa me...

Mengajar bukan mudah

Minggu ini adalah minggu kesepuluh daripada 14 minggu kuliah. Menjadi amalan pada semester-semester yang lalu, menjelang minggu ini saya sudah mula memperlahan gerak kuliah sebaliknya lebih menumpukan kepada ulangkaji atau pembentangan para pelajar. Namun, untuk semester ini ia agak berbeza memandangkan terlalu banyak cuti umum. Boleh dikatakan hampir setiap minggu! Dimulakan dengan cuti keputeraan sultan selangor, kemudian cuti krismas, kemudian cuti tahun baru diikuti cuti maulidurrasul, cuti wesak dan yang akan datang ialah cuti tahun baru cina.. Mujur sahaja kuliah-kuliah yang terlibat dengan hari cuti saya dapat buat pecutan secara tidak langsung. Kesannya saya tidak begitu tertekan sebab risaukan kuliah yang masih banyak belum dilalui. Namun, semester ini saya cukup merasa tertekan dengan karenah para pelajar. Siapa kata mengajar IPT adalah lebih mudah daripada mengajar kanak-kanak? itu adalah tanggapan yang salah sama sekali. Sebab saya berpengalaman mengajar sekolah menenga...