Jaga hati..saya atau awak atau mereka?

Isu jaga hati atau sensitiviti ini sentiasa menjadi pokok utama dalam satu-satu perhubungan. Jika seseorang itu pandai menjaga hati mereka yang di sekelilingnya, dia akan dilabel sebagai seorang yang bagik muamalahnya. Namun, jika yang berlaku sebaliknya, maka individu tersebut akan dipandang sebagai 'bermasalah komunikasi'. Sejauh mana kebenaran tanggapan umum ini, saya pun tidak pasti.

Kenapa?
Kerana, dalam sesetengah kes saya perhatikan.. ada seorang yang berkata jujur tentang satu perkara tetapi disalah tanggap oleh penerimanya, lalu orang itu dianggap tidak pandai 'menjaga hati'. Tetapi jika ada individu lain yang gemar 'mengampu' atau 'membodek', dia akan disenangi kerana sikap 'mengambil hati' yang ada padanya.

Persoalan saya, adakah wajar mengenepikan perkataan jujur yang pahit semata-mata untuk mengutarakan perkataan dusta yang manis?

Hmm..konfius, bukan?

Wahai saudaraku,
Sabda Rasulllah SAW mafhumnya, "Berkata benarlah walaupun pahit".
Firman Allah SWT yang bermaksud, "Sabarlah seperti sabarnya para rasul ulul'azmi".

Daripada dua ungkapan ini, nasihat saya ialah BERKATALAH YANG BENAR, KEMUDIAN SABARLAH.

Lumrah manusia, membenci perkara yang benar hanya kerana ia bercanggah dengan EGO yang berada dalam diri.
Meskipun di lubuk hati mengakui perkara tersebut. Namun, oleh kerana yang berkata itu lebih muda, lebih rendah pangkatnya, berlainan jantina, atau yang mempunyai kedudukan tidak semulia mana..Maka, kata-kata BENAR itu ditolak mentah-mentah.

Tidak dinafikan, adakalanya kita memilih untuk berkata dusta hanya untuk menjaga hati manusia. Namun, sampai bila kita hendak memilih untuk menjadi munafik? Menyembunyikan kebenaran dan menonjolkan kelebihan?

Tanpa disedari, penipuan demi penipuan ini makin hari makin membarah dan merosakkan hati kita. Sikap ini semakin mendarah daging dalam diri sehingga tiada lagi perkataan dan perlakuan benar daripada diri kita sebaliknya hanya terzahir sikap 'plastik' dan hipokrit. Na'uzubillah hi min zalik.

Nasihat saya yang kedua, JAGALAH HATI SENDIRI DI SEBALIK SIBUK MENJAGA HATI ORANG.

Wallahua'lam.

Comments

Popular posts from this blog

Falsafah dan pemikiran Socrates

Peranan Paul dalam Kristian

Ulasan Buku: Seni berfikir yang hilang karya Ust Hasrizal