Ucaptama ReCiT 2014
Assalamualaikum wrt wbkt,
Di sini dicatatkan sedikit dapatan daripada perkongsian Dr. Khairuddin al-Juneid, Univ. Singapura dalam pembentangan beliau di ReCiT 2014 @ Hotel Everly Putrajaya.
Berhubung penulisan sejarah yang dilakukan oleh HAMKA:
Secara umumnya terdapat TIGA bentuk masalah dalam penulisan sejarah Islam di Alam Melayu. Ia ditulis dalam TIGA pendekatan yang menimbulkan permasalahan kepada umat Islam sendiri pada kemudian harinya, TIGA pendekatan itu ialah:
1. Orientalisme
2. Rasisme
3. Liberalisme
Pandangan ORIENTALISME, lebih cenderung untuk mengetengahkan idea bahawa Barat adalah jauh lebih baik, lebih terkehadapan berbanding Tamadun Islam atau Tamadun Melayu.
Pandangan LIBERALISME, menyatakan konservatisme adalah perkara yang tidak bagus, mundur dan wajar ditinggalkan. Golongan ini juga menyatakan bahawa pengaruh Hindu adalah lebih terkesan kepada Alam Melayu berbanding sumbangan Islam.
Pandangan RASISME, pula membataskan perbahasan tentang sumbangan pelbagai bangsa di Alam Melayu. Jika penulis itu berbangsa Arab, maka ia cenderung untuk mengetengahkan sumbangan bangsanya kepada Alam Melayu secara tidak langsung menafikan sumbangan bangsa lain. Begitulah seterusnya..
Maka, HAMKA telah melakukan reinterpretasi Sejarah Islam antara tahun 1920an hingga 1980an dengan menyifatkan ia zaman perjuangan dan pergerakan.
Bentuk penulisan beliau ialah ringkas dan mudah, tepat, jelas dan mudah difahami. Ini adalah model penulisan yang perlu dicontohi oleh para penulis sejarah.
Fokus penulisan sejarah oleh HAMKA pula terdiri daripada TIGA perkara:
1. Tamadun Islam Nusantara. (dalam karya beliau: Sejarah Umat Islam)
2. Peranan para pemikir-aktivis Islam yang mendahulukan pemikiran etika berbanding pemikiran hukum serta menggabunngkan antara teks dan konteks. (karya beliau: Ayahku/ Said jamaluddin al-Afghani)
3. Kerohanian sebagai alat pembangunan. (karya beliau: Tasauf: Perkembangan dan pemurnian). Dalam isu ini HAMKA mengemukakan pandangan keutamaan tasauf intelektual berbanding tasauf dongengan. tasauf intelektual bermaksud bersifat kerohanian, tetapi turut mengetengahkan idea untuk memajukan pemikiran. Menurut HAMKA yang beraliran Salafi, tasauf sepatutnya membawa pembangunan dan bukan kemunduran. Justeru, perlunya tasauf yang mengikut peredaran zaman.
Antara perkara lain yang diketengahkan oleh pembentang ialah:
1. Islam sangat mudah masuk ke Alam Melayu kerana ketamadunan Melayu itu sendiri mempunyai kemiripan yang hampir sama dengan Islam pada ketika itu.
2. Masalah orang Melayu ialah rendah diri dan merendahkan dirinya sendiri (HAMKA)
3. Ada urgensi untuk menulis, tidak mesti dalam bahasa bukan Melayu. Semarakkan bahasa Melayu dan dalam masa yang sama perlu mempelajari bahasa lain khususnya Inggeris.
4. Historical Facts and Fictions (Sayyid Naquib al-Attas) adalah buku sejarah yang jauh dari unsur-unsur bias.
Petikan kata-kata:
Pemikir ULUNG tidak perlu membawa idea induk, TETAPI perlu gali semula dan menegaskan IDEA YANG BENAR walaupun menghadapi tentangan..- ringkasan kalam Dr. Wan Mohd Nor Daud

Comments
Post a Comment