Teruslah memberi, kita tidak rugi

Assalamualaikum..

Adakalanya dalam kehidupan ini kita berasa jemu memberi. Lantaran daripada kita terlalu asyik menghitung kebaikan diri tidak pula menilai dari sudut hati. Penilaian yang berat sebelah ini menjadikan kita sering sakit hati, kadang kala kecewa malahan boleh sampai putus asa. Maka, untuk diri yang merasa lemah kerana memberi di sini dititipkan beberapa untaian kata sebagai motivasi:

Memberilah, tanpa mengharap pujian
Mengasihilah, tanpa mengharap balasan
Berbaktilah, tanpa mengharap ingatan
Berjuanglah, tanpa mengharap sanjungan
Berkongsilah, tanpa mengharap kenangan

Sesungguhnya berharap itu hanya pada YANG HAKIKI, nantikanlah penilaian ILAHI demi sekeping hati yang kepingin bahagia diri

#ErtiHidupPadaMemberi

Comments

Popular posts from this blog

Falsafah dan pemikiran Socrates

Peranan Paul dalam Kristian

Ulasan Buku: Seni berfikir yang hilang karya Ust Hasrizal