The Intern.. Satu review
Bismillah hir rahman nir rahim
Serasa ingin pula mencoret sesuatu di maya ini. Setelah sekian lama tidak menjenguk blog yang kata orang umpama hidup segan mati tidak mahu. Puncanya simple..sedikit terkesan dengan tayangan filem The Intern yang ditonton bersendirian tatkala anak-anak sudah tidur sambil menunggu suami pulang dari daurahnya sabtu lalu.
Tertarik dengan trailer filem yang menonjolkan seorang lelaki tua tetapi hadir sebagai pekerja praktikal (intern), menjadikan saya membeli filem tersebut daripada unifi. Selain daripada garapan cerita yang kemas dan baik seperti filem Inggeris lain, saya melihat filem ini hampir dengan kehidupan saya selaku Gen Y. Filem ini mengisahkan seorang lelaki pasca pencen yang sudah kematian isteri kembali bekerja sebagai intern di salah sebuah syarikat yang melakukan bisnes atas talian.
Tentunya, lelaki yang dikenali sebagai Ben itu perlu menyesuaikan diri dan belajar banyak perkara. Apatah lagi di kala perbezaan usia dan teknologi menjadi jurang antara beliau dengan tempat kerja baharunya. Namun, perlu diakui bahawa perkara berkaitan teknologi boleh dipelajari selagi ada kemahuan. Lebih menarik kekangan itu tidak dijadikan asas penceritaan. Sebaliknya ia fokus kepada bagaimana kematangan Ben memandu Jules pengurus muda syarikat dalam melihat apa yang di sebalik kesibukannya.
Jules adalah seorang isteri, muda dan ibu kepada seorang anak perempuan. Pertumbuhan syarikat pesat dengan staf seramai 200 orang menjadikan kehidupan beliau tidak teratur. Malah, acapkali tidak sempurna di sana sini. Ketidak sempurnaan ini menjadikan dia berisiko untuk hilang kerjaya atau hilang keluarga.
Kehadiran Ben ternyata mengajar Jules bagaimana untuk bersikap profesional dan seimbang dalam kedua-dua bidang. Ben faham Jules begitu mengasihi kedua-duanya. Ben juga faham jika Jules diberi pilihan tentunya syarikat yang akan dipilih berbanding suami. Ini mungkin biasa dalam budaya Barat. Tapi untuk mengajarkan tentang kesetiaan ia perlu kepada perhatian dan pengalaman.
Perhatian, sesitiviti dan pengalaman Ben mengajar Jules untuk mengambil ruang seketika merenung kembali nilai kebahagiaan di hatinya. Untuk itu Jules sedar bahawa dia perlu segera membuat keputusan sebelum kehilangan kedua-dua yang dikasihinya.
Dari aspek watak Ben, dia adalah seorang lelaki yang berpengalaman, berdisiplin dan fokus kepada kerja. Bekerja selama 40 tahun begitu mematangkan meskipun syarikat yang pernah menjadi tempat dia bertugas tidak lagi dipandang. Kematangan dan disiplin Ben begitu menarik hati saya tentang perbezaan cara dan budaya kerja generasi awal dengan generasi kini.
Berbeza. Malah itu adalah realiti. Saya perlu akui. Zaman saya belajar tidak sama dengan cara dan budaya belajar anak-anak sekarang. Saya yang perlu turun dan mengolah mereka dengan kematangan dan pengalaman saya. Begitu nampaknya.
Sekian.

Comments
Post a Comment