Posts

Ulasan Buku Socrates: Pengenalan Ringkas (ITBM)

Assalamualaikum wrt wbkt Sepanjang PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) ini, saya hanya dapat menghabiskan sebuah buku yang ilmiah berkisar falsafah Yunani. Buku ini menceritakan tentang seorang ahli falsafah bernama Socrates. Saya yakin nama ini tidak asing dalam kalangan sebahagian kita. Umumnya Socrates dikenali sebagai seorang tokoh dan pelopor ilmu mantik dan falsafah. Peribadinya digambarkan sebagai seorang yang kerap berfikir dan mengajukan soalan untuk mendapatkan jawapan. Uniknya, meskipun tokoh ini tidak menghasilkan karya beliau tetap dikenali. Ini kerana banyak penulisan dihasilkan menggambarkan tentangnya walaupun tidak secara langsung. Dalam dunia Islam pula, para pengagum Socrates ada yang mengandaikan beliau sebagai salah seorang daripada para nabi dan rasul kerana kebijaksanaan yang dikatakan ada padanya. Di sini saya melihat betapa satu pemikiran boleh mempengaruhi pemikiran yang lain. Ketaksuban seseorang kepada satu pemikiran boleh mengubah dan menjejaskan pemiki...

Falsafah dan pemikiran Socrates

Socrates dikenali sebagai seorang pemikir atau ahli falsafah Yunani melalui gambaran yang ada dalam karya khususnya Plato dan Xenophon. Semua karya ini dinamakan dengan nama individu yang dikatakan berhujah dengan Socrates. Berdasarkan bentuk perdebatan dan hujah dikemukakan ini, para pengkaji telah menganalisis pendekatan dan keperibadian Socrates. Sebahagian penulisan menggambarkan Socrates sebagai pemerhati kepada sesi perdebatan manakala sebahagian lagi menonjolkan beliau sebagai seorang yang terlibat dalam perdebatan. Karya-karya yang berkaitan dengan Socrates ini disebut sebagai Kesusasteraan Sokratik tetapi tidak terdapat bukti bahawa karya ini dihasilkan semasa hayat Socrates. Perbualan dan dialog Sokratik ini banyak didapati daripada sumber penulisan oleh Xenophon dan Plato. Namun begitu, pengkaji berpandangan bahawa penulisan Xenophon dihasilkan dengan merujuk kepada karya Platonik. Hujahnya ialah jarak masa hidup antara Socrates dan Xenophon adalah terlalu jauh yang su...

Socrates: Satu sosok misteri yang dikenali

Umumnya, masyarakat mengakui bahawa Socrates adalah seorang ahli falsafah Yunani yang memberikan sumbangan cukup luas kepada perkembangan ilmu falsafah. Tetapi, tokoh ini sebenarnya tidak pernah menghasilkan apa jua bentuk penulisan. Hampir kesemua gambaran tentang idea, riwayat hidup dan peribadi Socrates diketahui melalui penulisan Plato. Itu pun terdapat percanggahan dengan penulisan ahli falsafah lain seperti Xenophon. ANtara gambaran berhubung latar belakang kehidupan Socrates ialah beliau berasal daripada keluarga yang berada dan berkemampuan. Tetapi, Socrates memilih untuk hidup secara sederhana. Di samping itu, Socrates juga diriwayatkan mempunyai isteri yang perengus bernama Xanthippe. Hasil daripada pernikahan ini, mereka dikurniakan tiga orang anak lelaki yang masih kecil ketika kematian Socrates. Socrates juga dikatakan pernah berkhidmat sebagai tentera di pertengahan umurnya, sekitar 35 tahun. Satu perkara yang menarik juga, kisah hidup tokoh falsafah ini diterjemahkan d...

Ulasan Buku: Seni berfikir yang hilang karya Ust Hasrizal

Bismillah hir rahman nir rahim Ini merupakan ulasan buku yang kedua menjelang tahun 2020. Tahun ini saya berazam untuk melebihkan pembacaan bahan yang bermutu dan meninggalkan secara beransur-ansur 'kebergantungan' kepada media sosial. Tambahan pula, dalam bulan lepas saya telah 'deactivate' akaun 'twitter' saya. Hasrat di hati nak juga buat perkara yang sama pada fb tapi memikirkan itu antara ruang untuk saya membeli-belah, saya tangguhkan dulu hasrat tersebut. Jadi, hantaran pada hari ini ialah berkisar ulasan buku yang bertajuk Seni Berfikir Yang Hilang. Pada awalnya saya tertarik untuk membeli buku ini kerana saya sedang dalam usaha mencari karya-karya yang terkini berkaitan mantik atau seni berfikir. Maka, melihat kepada tajuk, saya tidak teragak-agak dan terus menempahnya secara atas talian. Saya mengambil masa dalam dua minggu  untuk menghabiskan bacaan kerana diselang-selikan dengan tugasan yang lain walaupun buku ini penulisannya santai dan tidak me...

Pengalaman saya sebagai pelajar PhD

Bismillah hir rahman nir rahim Assalamualaikum wrt wbkt Beberapa hari ini saya ditanya oleh kawan-kawan berkaitan tips dan pengalaman saya menyiapkan pengajian PhD dalam masa empat tahun. Mereka semua tahu latar belakang saya sebagai seorang pelajar separuh masa, bekerja dan tidak cuti serta mempunyai suami dan anak. Pertamanya, bila menyebut PhD orang akan membayangkan ia adalah satu perjalanan yang sukar dan hanya insan terpilih dapat melepasinya. Ini adalah stigma yang saya elak daripada berpegang dengannya. Sesuai dengan awal perjalanan PhD saya yang berlaku secara tidak saya sangka, awal-awal lagi saya telah meniatkan untuk melakukannya secara santai dan tidak perlu kepada stress. Ia ada banyak faktor, tapi yang utamanya ialah keluarga iaitu suami dan anak-anak. Saya tidak mahu mereka terkena tempias pengajian saya tetapi saya cuma inginkan mereka sebagai penenang hati dan penyejuk jiwa saya sepanjang pengajian. Itu sahaja. Yang pening-pening, yang konfius-konfius, biarkan sa...

Review filem.. Super 30

Bismillahir rahman nir rahim Untuk bulan ni sahaja, ada 3 movie dari India yang saya tonton. Setelah sekian lama tak menonton movie dari sana. Akhir-akhir perjalanan Phd sebenarnya saya banyak menonton filem dan drama korea. Haha Ok, so kali ni movie yang nak saya review bertajuk Super 30, lakonan Hrithrik Roshan.. Lama wey tak tengok dia berlakon. Yang jadi tengok cerita ni sebab review orang kat fb. Haha. Tak kuat iman, sis. Tengok jugalah. Berdasarkan kisah benar, di mana seorang yang genius memilih untuk meninggalkan dunia glamor kepada mendidik anak-anak miskin secara PERCUMA. Di kala pendidikan merupakan perniagaan, tokoh ini, Anand Kumar memilih untuk menongkah arus. Dikhabarkan, sehingga ke saat ini beliau dan adiknya diserang oleh golongan yang ingin mengaut keuntungan atas nama pendidikan. Walaupun, semua anak didiknya terbukti tampil dengan pelbagai kepakaran dan kemahiran setelah berjaya memasuki IIT. Satu institut teknologi yang menempatkan pelajar terpilih dan bia...

Sekeping ijazah sebeban amanah

Image
Bismillahir rahman nir rahim Alhamdulillah Thummal hamdulillah Thummalhamdulillah.. Akhirnya tanggal 4 September 2019 saya telah menghantar tesis PhD di Institut Hadhari UKM. Genap empat tahun (2015-2019) perjalanan PhD saya dengan sokongan dan motivasi dari suami tercinta. Satu perjalanan yang dilalui dengan tenang dan tidak sebegitu stress seperti yang saya bayangkan sebelum ini. Walaupun saya tidak menafikan, ada jatuh bangun,ada suka duka, tetapi Alhamdulillah saya dikurniakan teman-teman yang sudi berkongsi ilmu menunjuk jalan. Tidak pernah saya lupa bagaimana saya memulakan perjalanan ini. Thanx to ny beloved husband and supervisor,Dr Syaidatun. Perkara yang saya sendiri tidak pernah impikan sebelum ini, untuk selesaikan PhD. Namun, coretan hidup ini sepenuhnya milik Allah SWT. Berbekalkan doa ayahbonda, Hj Ismail dan Hjh Mahani serta restu suami, Mohd Noorikhwan, sampai juga saya di akhir perjalanan ini. Untuk pengajian formal, iya ini dianggap sebagai penamat. Tet...